Hyundai Elantra Generasi Ke-7 Bakal Lancar Hujung Tahun Ini
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini mengesahkan bahawa Hyundai Elantra generasi ketujuh bakal dilancarkan di Malaysia sebelum hujung tahun ini. Harga anggaran model serba baharu itu adalah RM1XX,888 dan ia kini dibuka untuk tempahan dengan yuran tempahan RM777.
Seperti yang dijangka, Elantra akan hadir dengan enjin Smartstream G1.6 MPi yang dipadankan dengan kotak gear Intelligent Variable Transmission (IVT) lapan kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan 123 PS pada 6,300 rpm dan 154 Nm pada 4,500 rpm yang disalurkan ke roda hadapan.
Dari segi kelengkapan, sedan segmen C ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti berikut:
- Empat mod pemanduan (Eco, Smart, Sport dan Comfort)
- Lampu hadapan LED dengan Smart High Beam Assist
- Lampu belakang LED
- Rim 17-inci
- Paparan sentuh 8-inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto
- Kluster instrumen digital TFT 10.25-inci
- Pengecas telefon pintar wayarles
Ciri keselamatan utama yang disertakan pada model ini adalah sistem Hyundai SmartSense yang merangkumi teknologi seperti:
- Forward Collision Warning & Avoidance Assist
- Blind Spot Collision Warning & Avoidance Assist
- Lane Keeping Assist & Lane Following Assist
- Rear Cross Traffic Alert & Avoidance Assist
- Smart Cruise Control with Stop and Go
- Driver Attention Warning
- Tyre Pressure Monitoring System
Nampaknya Elantra akan ditawarkan dalam satu varian sahaja. Setakat ini, masih belum terdapat berita mengenai Elantra N Line namun kami tidak mahu terlalu berharap.
No Comment