Kereta Hyundai, Kia, Genesis Guna Sistem Infotainmen Nvidia Driver Mulai 2022
Bermula 2022, semua model baharu dari Hyundai, Kia dan Genesis akan didatangkan secara standard dengan sistem infotainmen Nvidia Drive. Menurut Hyundai Motor Group, ini termasuk model ‘entry level’.
Boleh sentiasa dikemaskini secara ‘over-the-air’, sistem infotainmen ini merangkumi timbunan perkasasan dan perisian yang menggabungkan audio, video, navigasi, ketersambungan serta perkhidmatan kereta terhubung berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Buat masa ini, sistem ini sudah boleh didapati pada dua model Genesis yang diperkenalkan pada awal tahun ini iaitu GV80 dan G80.
Selain sistem Nvidia Drive, kedua-dua syarikat ini juga sedang bekerjasama untuk menghasilkan kokpit digital bersepadu canggih yang dijadualkan untuk pelancaran menjelang akhir tahun hadapan.
Bukan itu sahaja, pengeluar kenderaan dari Korea Selatan itu juga bakal melancarkan sistem operasi kereta terhubung (ccOS) pada model-model masa depannya.
No Comment