Nikmati Diskaun Sehingga 90 Peratus Untuk Alat Ganti Renault
TC Euro Cars (TCEC) hari ini mengumumkan kempen jualan besar-besar di mana ia menawarkan penjimatan sehingga 90% untuk alat ganti model terpilih. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2020 atau sehingga stok masih ada.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membuat membuat penggantian di pusat servis bertauliah Renault juga akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:
- Diskaun 50% untuk caj buruh, pemeriksaan kenderaan dan cuci kereta percuma di pusat servis Renault Petaling Jaya
- Diskaun sehingga 30 peratus untuk caj buruh di pusat servis Renault yang lain dan pemeriksaan percuma
Sebagai tambahan, pelanggan yang menggunakan kad kredit Maybank di pusat servis PJ juga akan menikmati pelan ansurans 0% dengan perbelanjaan minimum RM500 menerusi skim Ezy Payment.
Promosi ini tertakluk kepada model Kangoo, Captur 2015, Scenic, Koleos 2014, Fluence, Megane (2012 dan lebih awal), Megane R.S. (R.S 26, R.S. 250, R.S. 265, R.S. 275), Clio, Clio IV R.S., Espace III, Espace IV dan Laguna III.
Alat-alat ganti boleh dibeli menerusi dua platform iaitu pusat servis Renault atau stor Renault di Shopee. Pemiliki dinasihatkan untuk mengunjungi laman web Renault terlebih dahulu bagi memastikan stok alat ganti yang ingin dibeli masih ada.
Sebagai alternatif, pelanggan boleh terus mengunjungi pusat servis Renault namun mereka perlu membuat janji temu terlebih dahulu. Ini bagi memastikan stok alat ganti masih ada dan juga untuk mematuhi SOP akibat pandemik yang sedang melanda.
Selepas pengesahan pembelian dilakukan, kakitangan selepas jualan Renault akan mengaturkan penghantaran alat ganti ke alamat yang dipilih oleh pelanggan. Bayaran penghantaran akan dikenakan.
No Comment