Berita Auto

Panggilan Semula Honda Accord 1999 dan CR-V 2000

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula yang melibatkan sejumlah 1,380 unit Accord keluaran 1999 dan 1,404 unit CR-V keluaran 2000. Ia dibuat bagi menggantikan inflator beg udara pemandu sebagai langkah pencegahan, selaras dengan kempen panggilan semula Honda di peringkat global.

Menurut Honda Malaysia, model jualan semasa tidak terlibat dengan panggilan semula ini. Langkah ini perlu bagi menangani kemungkinan inflator beg udara pemandu Takata mempunyai tekanan dalaman berlebihan yang boleh menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik atau pecah.

Setakat ini, tiada sebarang insiden atau kecederaan disebabkan oleh komponen tersebut dilaporkan di Malaysia.

Pelanggan yang terlibat akan diberitahu menerusi surat makluman yang menganduni perincian mengenai panggilan semula ini. Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terlibat untuk membuat janji temu untuk menggantikan inflator beg udara pemandu sebaik sahaja menerima surat tersebut.

Syarikat itu juga menggalakkan orang ramai yang mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan yang memiliki kedua-dua model tersebut untuk terus menghubungi Honda. Penggantian adalah percuma dan segala kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Stok akan tersedia secara berperingkat.

Pelanggan yang memilik salah satu daripada model tersebut tetapi tidak pasti jika kenderaan mereka terlibat dengan kempen panggilan semula ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my atau productrecall.honda.com.my.

Previous post

Jualan Geely Auto Lepasi Angka 10 Juta Unit

Next post

Kotak Gear IVT Hyundai Lebih Efisien, Responsif Berbanding CVT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *