Uncategorized

Seakan 10,000 Pokok Ditanam Dalam Usaha Mengurangkan Pelepasan CO2

Scania Ecolution bersama dengan pelanggan Scania telah mencapai jumlah pengurangan 681,000 kg Karbon Dioksida (CO2) sehingga kini. Jumlah ini adalah setara dengan penanaman kira-kira 10,000 pokok yang tumbuh mekar selama setahun lepas.


Konsortium E-Mutiara Berhad, yang menggunakan solusi menyeluruh Scania, adalah pelanggan koc Ecolution pertama di Asia pada tahun 2018. Kenderaan yang dioptimumkan ini dilengkapi dengan FMS di mana data tentang kenderaan dan pemandu dapat diperoleh untuk analisis.
Kelihatan disini, Tuan Haji Che Ibrahim Che
Ismail, Pengerusi Eksekutif KEMB, bersama isteri dan rakan kongsi,
Puan Naemah, Pengarah Pentadbiran dan Hal Ehwal Undang-
undang

Scania Ecolution adalah kerjasama khusus antara Scania dan para pelanggan untuk mengurangkan penggunaan bahan api, justeru membantu dalam pengurangan pelepasan CO2. Perkongsian ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos operasi yang seterusnya membawa kepada keuntungan lebih baik selain memenuhi permintaan inisiatif mesra alam yang semakin meningkat.

Prasyarat Scania Ecolution adalah dengan mendaftar ‘Scania Fleet Management System (FMS) Control 10 Package’. Sehingga kini, lebih 200 trak dan koc dari lebih 30 pelanggan telah dioptimumkan dengan spesifikasi yang sesuai bagi memenuhi operasi masing-masing.


AONE Logistics Sdn Bhd, pelanggan trak Scania Ecolution pertama
di Asia, percaya bahawa sasaran ini boleh dicapai melalui
pengoptimuman kenderaan serta pengurangan pelepasan bahan api
dan CO2 yang dipersetujui. Kelihatan disini Mr S. Palani, Pengarah
Urusan Kumpulan AONE bersama dengan rakan kongsi, Mrs Laxmi
Bhai

Konsortium E-Mutiara Berhad, yang menggunakan solusi menyeluruh Scania, adalah pelanggan koc Ecolution pertama di Asia pada tahun 2018. Kenderaan yang dioptimumkan ini dilengkapi dengan FMS di mana data tentang kenderaan dan pemandu dapat diperoleh untuk analisis. Prestasi pemandu boleh ditingkatkan berdasarkan data ini. Di samping itu, khidmat latihan dan bimbingan juga dapat mengurangkan masa terbiar, pembrekan secara tiba-tiba dan memandu melebihi had laju untuk mencapai kecekapan bahan api yang lebih baik selain mengurangkan jejak karbon.

AONE Logistics Sdn Bhd, pelanggan trak Scania Ecolution pertama di Asia, percaya bahawa sasaran ini boleh dicapai melalui pengoptimuman kenderaan serta pengurangan pelepasan bahan api dan CO2 yang dipersetujui. Kemajuan dalam mencapai sasaran ini akan sentiasa dipantau, dinilai dan dibincangkan dengan Pengurus Scania Ecolution secara berkala bagi memastikan pencapaian keputusan yang diinginkan.


Mohd Sidek Amzah Enterprise, pengedar gas petroleum cecair (LPG) eksklusif di Senai, Johor, yakin akan cara kerja Ecolution dan menganggap Scania Ecolution sebagai alat operasi yang penting memandangkan bahawa syarikat beliau masih mampu bersaing dengan syarikat lebih besar walaupun hanya sebuah syarikat yang agak kecil di pasaran. Kelihatan disini Mohd Sidek Amzah, Pengarah Urusan Mohd Sidek Amzah Enterprise

Mohd Sidek Amzah Enterprise, pengedar gas petroleum cecair (LPG) eksklusif di Senai, Johor, yakin akan cara kerja Ecolution dan menganggap Scania Ecolution sebagai alat operasi yang penting memandangkan bahawa syarikat beliau masih mampu bersaing dengan syarikat lebih besar walaupun hanya sebuah syarikat yang agak kecil di pasaran. Ini sebahagiannya disebabkan oleh penjimatan kos daripada penggunaan bahan api yang lebih rendah. Lebih penting, Scania Ecolution membantu mengurangkan jejak karbon syarikat, justeru merendahkan impak kepada alam sekitar.

Sebagai pengeluar utama kenderaan komersial berat, sasaran iklim Scania yang meluas telah diluluskan oleh inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (‘Science Based Target initiative’ atau SBTi). Scania komited untuk mencapai matlamat perjanjian Paris iaitu mengehadkan pemanasan global hingga 1.5°C melebihi paras praindustri. Scania akan memotong pelepasan CO2 sebanyak 50 peratus daripada operasinya menjelang tahun 2025, di samping mengurangkan pelepasan daripada produknya sebanyak 20 peratus dalam tempoh yang sama. Scania Ecolution adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif ke arah pencapaian matlamat ini.

Previous post

Pulang Kereta Perjalanan Satu Hala GoCar Di Lot Pakir Tepi Jalan PJ & SJ

Next post

Ducati Diavel 1260 'Lamborghini' Ambil Semangat Sian FKP 37

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *