Pelancaran Toyo Proxes CR1 Secara Maya
Tayar yang direka khusus untuk segmen kereta penumpang dan SUV di Malaysia Toyo Proxes CR1 dilancarkan 9 malam Khamis, 19 November 2020.
Pengganti NanoEnergy 3, empat manfaat yang berbeza Proxes CR1 ialah Senyap, Selamat, Selesa dan Gred Tinggi.
Sesuai untuk digunakan untuk kedua-dua kenderaan Jepun dan Continental, khususnya kereta dan SUV antara segmen A sehingga segmen D.
Maklum balas Tengku Djan Ley, pelumba drift professional Malaysia yang menguji sendiri tayar Proxes CR1 ini dengan kereta Mercedes-Benz C230 beliau, tayar CR1 ini menawarkan pemanduan yang selesa dan selamat untuk lebuhraya dan jalan biasa, selain mendapati kadar bunyi bising yang terhasil adalah minimum.
Saiz Tayar Proxes CR1 dan Proxes CR1 SUV DI MALAYSIA
Saiz Tayar | Proxes CR1 | Proxes CR1 SUV | Tyre Size | Proxes CR1 | Proxes CR1 SUV | |
14-inci (6 tayar) | 17- inci (11 tayar) | |||||
165 / 55 R14 72V | ● | 205 / 45 R17 88W | ● | |||
165 / 60 R14 75H | ● | 205 / 50 R17 89V | ● | |||
175 / 65 R14 82H | ● | 215 / 45 R17 91W | ● | |||
185 / 60 R14 82H | ● | 215 / 50 R17 91V | ● | |||
185 / 65 R14 86H | ● | 215 / 55 R17 94V | ● | |||
185 / 70 R14 88H | ● | 215 / 60 R17 96H | ● | |||
225 / 45 R17 94W | ● | |||||
15- inci (9 tayar) | 225 / 50 R17 94V | ● | ||||
175 / 65 R15 84H | ● | 225 / 60 R17 99H | ● | |||
185 / 55 R15 82V | ● | 225 / 65 R17 106V | ● | |||
185 / 60 R15 84H | ● | 235 / 45 R17 97W | ● | |||
185 / 65 R15 88H | ● | |||||
195 / 50 R15 82V | ● | 18- inci (8 tayar) | ||||
195 / 55 R15 85V | ● | 215 / 50 R18 92V | ● | |||
195 / 60 R15 88H | ● | 225 / 40 R18 92W | ● | |||
195 / 65 R15 91V | ● | 225 / 45 R18 95W | ● | |||
205 / 65 R15 94V | ● | 225 / 55 R18 98V | ● | |||
225 / 60 R18 100V | ● | |||||
16- inci (9 tayar) | 235 / 40 R18 95W | ● | ||||
185 / 55 R16 87H | ● | 235 / 55 R18 104V | ● | |||
195 / 50 R16 84V | ● | 245 / 40 R18 97W | ● | |||
195 / 55 R16 87V | ● | |||||
195 / 60 R16 89H | ● | 19- inci (2 tayar) | ||||
205 / 55 R16 94V | ● | 225 / 55 R19 99V | ● | |||
205 / 60 R16 92V | ● | 235 / 55 R19 105W | ● | |||
215 / 55 R16 93V | ● | |||||
215 / 60 R16 95H | ● | |||||
225 / 55 R16 95V | ● |
Harga jualan untuk tayar kereta Proxes CR1 bermula dari RM160 hingga RM440, manakala tayar SUV Proxes CR1 pula bermula dari RM380 hingga RM580 bergantung kepada saiz tayar yang dipilih.
SIARAN MEDIA
Rakyat Malaysia yang sedang mencari produk tayar yang terbaik untuk kenderaan mereka pasti akan teruja dengan berita pelancaran rasmi tayar baharu oleh Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd.
Toyo Proxes CR1 dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 19 November 2020 dan ianya merupakan tayar yang direka khusus untuk segmen kereta penumpang dan SUV di Malaysia.
Model Proxes CR1 ini mempunyai empat manfaat yang berbeza, iaitu Senyap, Selamat, Selesa dan Gred Tinggi.
Senyap – Penggunaan bahan penyerap bunyi di dalam tayar mampu untuk mengurangkan kadar kebisingan di jalan raya dan mampu untuk meningkatkan keseronokan pemanduan. Corak bunga tayar yang menampilkan ciri Out-In Different pitch arrangement, ditambah dengan lapisan perlindungan kebisingan mampu mengurangkan kadar pelepasan tenaga bunyi yang terhasil di setiap bahagian.
Selamat – Tayar Proxes CR1 menawarkan prestasi yang unggul ketika berada di jalan basah dan kering. Di atas permukaan yang basah, Proxes CR1 berfungsi dengan lebih baik. Terima kasih kepada corak saliran yang terdiri daripada empat jalur lebar utama, yang membantu pembuangan air dengan cepat dari kawasan sentuhan.
Ciri triple taper & rib membantu menambah baik ketahanan terhadap kehausan bunga dan meningkatkan prestasi dalam keadaan kering. Manakala ciri multi-wave sipe pula membantu menghalang kadar kehausan yang tidak sekata pada sisi tayar. Jointless cap ply pula menambah baik prestasi pemanduan pada halaju tinggi.
Selesa – Proxes CR1 direka untuk menawarkan pemanduan yang lebih lancar dan menyenangkan dengan penggunaaan teknologi canggih hak milik Toyo – T-Mode dan Nano Balance.
Gred Tinggi – Dari segi prestasi secara keseluruhan, Proxes CR1 mampu mengurangkan sehingga 11 peratus kadar bunyi, dan 2 peratus pengurangan kesan aquaplaning, sekaligus meningkatkan prestasi di atas permukaan basah jika dibandingkan dengan model terdahulu, Nano Energy 3. Selain daripada itu, Proxes CR1 turut mempunyai kadar rintangan golekan yang lebih rendah yang menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih baik.
Menurut Tan Song Chye, Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd berkata, “Tayar Toyo Proxes CR1 adalah sangat ideal untuk digunakan pada kedua-dua kenderaan Jepun dan Continental, khususnya kereta dan SUV antara segmen A sehingga
segmen D.
“Hasil daripada penggunaan teknologi termaju Jepun, Proxes CR1 pasti dapat memenuhi keperluan pemandu terutama bagi mereka yang menghargai tayar yang menawarkan prestasi unggul dan beraksi secara konsisten dalam kelajuan tinggi, baik di atas kondisi jalan basah dan kering. Ia turut menawarkan ciri keselamatan, penggunaan bahan api yang lebih efisien dan pengurangan bunyi bising yang menyumbang kepada keseronokan pemanduan yang lebih baik.”
Tengku Djan Ley, pelumba drift professional Malaysia berpeluang menguji sendiri tayar Proxes CR1 ini pada kereta Mercedes-Benz C230 beliau. Berdasarkan maklum balas beliau, tayar CR1 ini menawarkan pemanduan yang selesa dan selamat untuk lebuhraya dan jalan biasa, selain mendapati kadar bunyi bising yang terhasil adalah minimum.
Tayar Proxes CR1 untuk kereta penumpang boleh didapati dalam 36 saiz bermula dari rim berdiameter 14 inci hingga 18 inci, manakala tayar Proxes CR1 SUV terdapat dalam sembilan saiz untuk rim berdiameter 17 hingga 19 inci.
Tayar Toyo Proxes CR1 ini boleh didapati di Pusat Tayar Toyo, dan Pusat Tayar Silverstone di seluruh negara.
Bersempena dengan pelancaran tayar baharu Proxes CR1, para pengguna yang membeli satu set tayar Proxes CR1 akan menerima hadiah percuma berupa payung edisi terhad Proxes CR1 sementara stok masih ada.
Acara pelancaran rasmi tayar Proxes CR1 disiarkan menerusi Facebook Live pada 19 November. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk 53 pemenang bertuah, di mana tiga penyertaan terpantas yang berjaya menyukai, mengongsikan video dan menjawab lima soalan dengan tepat akan menerima satu set tayar baharu iaitu empat unit tayar Proxes CR1. Sementara baki 50 pemenang akan menerima kad petrol Petronas bernilai RM20.
Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat subsidiari Toyo Tire Corporation, Jepun.
No Comment