Yamaha Y15ZR Kini Dalam 4 Warna Baharu
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan empat pilihan warna baharu untuk Yamaha Y15ZR iaitu Matt Titan, Cyan, Merah dan Biru.
Lebih dikenali sebagai Y Suku, model ini dijual pada harga RM8,168 (tanpa insurans, nombor plat dan insurans), iaitu sama dengan model tahun 2019. Ia boleh didapati menerusi wakil pengedar Yamaha bermula bulan ini.
Seperti sebelum ini, Y15ZR dikuasakan oleh enjin 150 cc, silinder tunggal yang menghasilkan 15.1 hp pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.
Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan fork teleskopik hadapan dan suspensi monoshock belakang, serta brek cakera hidraulik. Tayar didatangkan dalam saiz 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang, dengan rim berukuran 17 inci.
Menurut HLYM, setiap pembelian didatangkan dengan kunci cakera brek bernilai RM100.
No Comment