5 Tips Ringkas Penjagaan Tayar Yang Patut Anda Tahu
Ramai pemandu yang terlepas pandang bahawa tayar adalah satu salah satu komponen yang paling penting kerana ia merupakan satu-satunya bahagian pada kenderaan yang bersentuhan dengan jalan. Sedikit kerosakan pada permukaan atau dinding tayar boleh menjejaskan keberkesanan brek, pengendalian dan pecutan kereta, iaitu aspek-aspek yang penting untuk pemanduan yang selamat.
Oleh itu, adalah penting untuk memastikan tayar kereta anda berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan terutamanya ketika musim cuti ini. Berikut adalah lima tips ringkas yang anda boleh ikuti:
Periksa tayar anda – Cari kerosakan fizikal pada permukaan dan dinding tayar anda kerana ia mungkin menyebabkan kehilangan tekanan angin atau lebih teruk lagi, pecah atau meletup. Jangan lupa untuk periksa juga keadaan tayar simpanan.
Kedalaman bunga tayar – Memandu dengan tayar yang botak adalah sangat berbahaya, terutamanya di atas permukaan jalan yang basah. Jika anda tidak alat pengukur kedalaman bunga tayar, cari penunjuk kedalaman bunga tayar yang terdapat pada alur tayar. Pastikan ia tidak sama tinggi dengan bunga tayar.
Ujian duit syling – Tidak jumpa penunjuk kedalaman bunga tayar? Letakkan duit syiling 20 sen di dalam alur tayar. Jika perkataan “sen” tidak kelihatan, masa untuk mendapatkan tayar baharu. Perlu diingat bahawa kedalaman bunga tayar minimum adalah 1.6 mm.
Tekanan tayar – Mengekalkan tekanan angin yang betul bukan sahaja akan memanjangkan hayat tayar kereta anda, malah akan menghasilkan pengendalian dan ekonomi bahan api yang lebih baik. Rujuk buku manual pemilik atau pelekat pada bahagian pintu atau penutup tangki minyak untuk mendapatkan tekanan tayar yang disyorkan untuk kereta anda.
Bajet – Bergantung pada jenis kereta yang anda pandu, kos menggantikan tayar kereta boleh menjadi agak mahal. Oleh itu, pastikan anda mempunyai simpanan supaya anda boleh menggantikan tayar kereta anda dengan segera apabila perlu.
No Comment