BMW Malaysia Buka Tempahan M3 Competition dan M4 Competition Coupe
Nampaknya duo BMW M3 dan M4 Coupe, yang diperkenalkan di peringkat global pada September lalu, akan tiba di Malaysia lebih awal dari jangkaan dengan BMW Malaysia telah pun membuka tempahan untuk kedua-dua model tersebut bermula hari ini.
Untuk pasaran negara, kedua-dua M3 dan M4 hanya boleh didapati dalam versi Competition manakala Innovation Package ditawarkan secara opsyen. Untuk M3 Competition, harga jualan bermula dari RM664,800. Pelanggan yang memilih Innovation Package akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM58,000.
Sementara itu, M4 Competition Coupe pula dijual pada harga RM684,800, manakala Innovation Package berharga RM56,000. Perlu diingat bahawa pakej tambahan tersebut ditawarkan pada harga diskaun yang sah sehingga 31 Disember 2020 sahaja. Harga sebenar pakej itu adalah RM75,000 bagi M3 dan RM76,000 bagi M4. Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan dengan bayaran RM5,000.
Secara asasnya, M3 Competition dan M4 Competition Coupe adalah jentera yang sama, cuma satu adalah sebuah sedan manakala satu lagi adalah coupe dua pintu. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 3.0-liter biturbo enam silinder sebaris yang menghasilkan 510 hp dan 650 Nm, 30 hp dan 100 Nm lebih tinggi berbanding versi standard.
Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi M Steptronic lapan kelajuan, yang membolehkan sedan dan coupe itu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.9 saat. Sistem pacuan semua roda M xDrive hanya akan ditawarkan pada kedua-dua model ini bermula tahun hadapan.
Innovation Package merangkumi kelengkapan tambahan seperti berikut:
Turut disertakan adalah lembaran spesifikasi bagi kedua-dua model:
No Comment