Berita Auto

NISMO Akan Memulihkan SEPENUHNYA GT-R R32 / R33 / R34 Anda Dengan Harga RM1.8 Juta

Program ini dimulakan pada tahun 2017 dengan Nissan Motorsports International memulakan semula pembuatan komponen Skyline GT-R R32 menggunakan teknik moden dan kemudian dikembangkan untuk merangkumi alat ganti R33 dan R34 sekali. Sekarang mereka menorak langkah lebih jauh: NISMO akan membongkar sepenuhnya kemudian bina dan gecat balik Nissan Skyline GT-R anda, hingga ke skrew terakhir. NISMO restoration ini adalah untuk R32, R33, dan R34. Mereka bahkan akan menyediakan kereta penderma untuk anda sekiranya anda belum ada satu.

Prosesnya sungguh luar biasa, tetapi sebelum bercerita, terlebih dahulu, sila ambil perhatian bahawa NISMO pernah melakukan ini sekali dengan sebuah R32 sebagai demonstrasi dan kos rujukan mereka adalah sekitar 45 juta Yen iaitu RM1.8 JUTA. Harganya akan lebih mahal jika kereta penderma dalam keadaan buruk.

Anda mungkin ingat bahawa ini seperti melancarkan barisan pengeluaran kecil yang dilakukan oleh Aston Martin dengan Continuation Car Programme mereka. Tetapi, pendekatan NISMO mempunyai beberapa kelebihan. Pertama sekali, ini nampaknya lebih murah daripada pengeluaran sebuah kereta klasik baharu. Aston Martin hanya menghasilkan 19 DB4 Zagatos dan masing-masing berharga AS $ 7.9 juta sebelum cukai. Model DB5 Goldfinger Continuation berharga AS $ 3.5 juta – masih jauh lebih tinggi daripada kos untuk memulihkan GT-R oleh NISMO.

Kedua, boleh dikatakan ada lebih banyak keaslian untuk memulihkan kereta sport Jepun klasik daripada membina yang baharu. Proses NISMO merangkumi hampir kesemua skrew mengikut spesifikasi kilang.

Ini juga lebih sejajar dengan falsafah pemulihan dan pemeliharaan Jepun daripada pengeluaran. Sebilangan besar bandar Jepun sekarang tidak diperluas dengan bangunan baru. Sebaliknya, bangunan lama dimodenkan dan dijaga kebersihannya. Kesan persekitaran lebih rendah dan kepentingan budaya bangunan lama dihargai.

Perlu diingat bahawa NISMO menghasilkan panel badan dan blok enjin baharu menggunakan teknologi canggih untuk beberapa pemulihan ini, jadi ianya benar-benar berbaloi. Prosesnya akan memakan masa antara 6 bulan dan setahun dan anda mendapat jaminan 1 tahun / 20,000km bersama dengan plat logam untuk mengesahkan bahawa ia telah dipulihkan secara sah oleh NISMO.

Oleh itu, mari kita lihat proses pemulihan NISMO dari siaran media yang disediakan. Japanese Nostalgic Car menerangkan dengan lebih terperinci di sini.

Siaran Media

Moving beyond the general idea and method of restoration of making the car look good visually, we will carry out restoration under the new concept of “restoring cars in a form that visualizes performance” in all areas. Our body restoration work, in particular, is on a level achievable only by Nismo based on the standard values. The performance of each part is also confirmed by quantifying everything in accordance with the inspection and measurement standards established by Nissan Motor. In addition, we also record and present the history of continuation, replacement (including part numbers), inspections, recoating, etc., of all of the parts that constitute one vehicle.

Body

Based on Nismo standards, which are based on Nissan Motor’s track record, we carry out repairs including “body-in-white torsional stiffness measurement” and “body dimension measurement” and confirm overall performance maintaining a good balance with corrected deterioration values. After deteriorated sealing is reapplied, we repaint the whole body in the color requested. (Optional: Electrodeposited coating, melting sheet replacement)

Engine

After the engine is fully disassembled for overhaul and balancing, benchtop performance measurements and lapping are performed to confirm that performance is at the new car level. (Optional: Upgrade to Nismo tuning specifications) 

Drive system – operation check, inspection, disassembly and cleaning, overhaul, and replacement and painting of deteriorated parts

Braking system – (Optional: Additional replacement of parts in requested places)

Interior

Cleaning (Optional: Using the surface of NISSAN GT-R (R 35), totally coordinated replacement of interior. Painting repair of plastic parts)

Electrical system – Conduction and operation check, inspection, and replacement of deteriorated parts.

Completion Inspection

After performance measurement on a chassis dynamometer, we implement a final check of performance in test driving by a Nismo test driver or professional driver.


Previous post

DS 9 Adalah Lawan E-Class Yang Tidak Akan Masuk Ke Malaysia

Next post

Goodyear Eagle F1 Sport Dilancarkan di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *