Peugoet Rangkul Tiga Anugerah Pada Majlis What Van? Awards 2021
Peugeot e-Expert telah meraih anugerah demi anugerah sejak ia diperkenalkan pada Mei tahun ini. Terbaru, van elektrik itu telah dinobat sebagai Van Tahunan (Van of the Year) dan Van Elektrik Tahunan (Electric Van of the Year) dalam anugerah What Van? Awards 2021. Dua model yang bernaung di bawah kumpulan PSA iaitu Citroën e-Dispatch and Vauxhall Vivaro-e turut menerima anugerah yang sama.
Bagaimanapun, e-Expert bukanlah satu-satunya van keluaran Peugeot yang berjaya merangkul anugerah dalam majlis itu. Satu lagi model iaitu Partner turut membawa pulang gelaran Van Kompak Tahunan (Compact Van of the Year) sekaligus melengkapkan kemenangan bergaya jenama dari Perancis itu.
e-Expert merupakan kenderaan komersial ringan elektrik terbaru dari Peugeot. Ia ditawarkan sama ada dengan bateri berkapasti 50 kWh atau 75 kWh, dengan motor elektrik yang mampu menjana 100 kW (136 hp). Model itu menawarkan jarak pemanduan sejauh 330 km, ruang muatan sehingga 6.6 m3 dan berat muatan maksimum sehingga 1,226 kg. Bateri boleh dicas dari sifar hingga 80% dalam masa 30 minit.
Sementara itu, Partner pula mempunyai berat muatan maksimum 1,009 kg dan ruang muatan 4.4 m3 walaupun bersaiz kompak. Boleh didapati dalam versi S, Grip, Professional dan Asphalt, model ini kini dilengkapi dengan sensor parkir belakang secara standard serta i-Cockpit dengan paparan ‘head up’, stereng kompak, radio DAB, lampu automatik dan lampu nyalaan siang.
No Comment