Promosi Jualan Istimewa 12.12 Honda City Dilanjutkan Sehingga Akhir Tahun
Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan tempoh promosi Jualan Istimewa 12.12 City sehingga 31 Disember.
Dilancarkan pada awal bulan ini, promosi tersebut sepatutnya berakhir pada 12 Disember namun pihak Honda Malaysia melanjutkannya sehingga akhir tahun ini bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapatkan sedan segmen B itu, di samping memanfaatkan pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir pada hari yang sama.
Menerusi promosi ini, pelanggan yang menempah dan mendaftarkan City S (RM76,800) dan E (RM84,800) sebelum tampat tempoh promosi akan menikmati rebat tunai bernilai RM2,000.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Sejak pelancaran rasminya, kami telah menyerahkan lebih 5,800 unit City kepada pelanggan di seluruh negara. Setakat ini, kami telah menerima lebih 11,100 tempahan untuk model itu promosi Jualan Istimewa 12.12 City telah mendapat respon positif sejak kami mengumumkannya.”
No Comment