Bisnes

Proton Catat Jualan 11,411 Unit Pada November 2020

Proton mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mencatat jualan sebanyak 11,411 unit bagi bulan November 2020, meningkat sebanyak 18% berbanding bulan yang sama tahun lalu. Sementara itu, jualan keseluruhan bagi tahun 2020 mencecah 96,410 unit iaitu bersamaan pertumbuhan sebanyak 7.5% berbanding tahun lalu, dengan pegangan pasaran dianggar sebanyak 20.1%.

Walaupun jualan model Proton lain menurun sedikit berbanding dengan bulan Oktober, penghantaran Proton X50 mula menunjukkan momentum dengan 1,756 unit telah diserahkan kepada pembeli setakat ini. Sementara itu, jualan X70 pula mencecah 2,157 unit pada bulan lalu.

“Jualan kenderaan di Malaysian melebihi jangkaan yang dibuat pada awal tahun ini dan anggaran kami adalah Kadar Keseluruhan Industri (TIV) melebihi 56,000 unit bagi tiga bulan berturut-turut. Tawaran akhir tahun biasanya diberi oleh jenama kenderaan adalah antara sebab fenomena ini, tambahan juga insentif PENJANA dan pelancaran model baru seperti Proton X50 telah meningkatkan jumlah jualan.

“Bagi Proton, tumpuan kami tetap pada kualiti produk dan khidmat pelanggan supaya kami boleh menghasilkan produk dan pengalaman pelanggan yang unggul. Kami akui, kadar penghantaran Proton X50 masih belum sampai tahap maksima, tetapi kami sentiasa berjaga-jaga untuk \ memastikan pelanggan menerima produk terbaik yang memenuhi harapan mereka. Namun demikian, jumlah kenderaan yang dihasilkan akan meningkat tiap-tiap bulan untuk mengurangkan tempoh menunggu pada masa kini, kami berharap para pelanggan boleh bersabar,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Bagi pasaran eksport pula, Proton berkata bahawa setakat akhir November, jumlah kenderaannya yang dieksport ke negara lain telah melebihi jumlah keseluruhan pada tahun lepas walaupun menghadapi sekatan wabak coronavirus.

“Jualan eksport akan tetap sebagai salah satu tunggak utama PROTON bagi tahun 2021 dan masa depan. Oleh kerana prestasi pasaran tempatan kami telah stabil, lebih penekanan perlu diberi kepada usaha menjadikan Proton jenama automotif serantau dan global.

Sebagai syarikat automotif nasional, kami mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Apabila jumlah eksport kami meningkat, komuniti vendor tempatan akan bermanfaat juga. Oleh itu, kami akan membuat lebih banyak pengumuman mengenai aktiviti di pasaran luar negeri pada masa hadapan,” tambah Roslan Abdullah.

Previous post

Akan Datang! Aplikasi Baharu BMW Dan MINI

Next post

Ducati Perkenal Monster Serba Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *