Berita Auto

Sime Darby Auto Selection Buka Pusat Servis di Glenmarie

Sime Darby Auto Selection (SDAS), pengedar kereta terpakai pelbagai jenama yang bernaung di bawah Sime Darby Motors, telah melancarkan pusat servis pertamanya untuk kenderaan yang telah tamat tempoh waranti.

Menurut SDAS, fasiliti baharu itu dilengkapi dengan peralatan canggih, dengan juruteknik-juruteknik terlatih dan berkemahiran yang mampu memberikan kualiti kerja yang tinggi. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah penukaran minyak enjin, penjajaran tayar, kerja pembaikan termasuk pendingin hawa, pemeriksaan kenderaan, cuci kereta dan pembasmian kuman.

Berukuran 4,117 kaki persegi, pusat servis itu mempunyai enam ruang servis dan ruang rehat pelanggan dengan Wifi, minuman dan snek percuma. Bukan itu sahaja, perkhidmatan pengambilan dan penghantaran turut ditawarkan kepada pelanggan yang tidak dapat menghantar kenderaan mereka.

“Pembukaan fasiliti baharu ini sangat tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan pemilik kenderaan yang berubah dan sentiasa mencari alternatif setelah waranti kereta mereka tamat,” kata Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Runcit & Pengedaran, Sime Darby Motors Malaysia.

Beralamat di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam, pusat servis Sime Darby Auto Selection beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan 9 pagi hingga 12.30 tengahari pada Sabtu. Ia ditutup setiap Ahad.

Previous post

Lamborghini SC20 Ini Adalah Squadra Corse "One-Off" Terbaharu

Next post

Model RHD Hyundai Kona Facelift Sedia Untuk Pasaran UK

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *