Apa Boleh Buat Kalau Anda Bukan Menteri Dan Masuk Lubang Jalan?
Anda pasti sudah dengar cerita pasal Menteri Khairy Jamaluddin pada Ahad. Sekiranya belum, berikut adalah ringkasannya. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sedang berbasikal dekat Kampung Seri Cheeding di Banting pada 27 Disember ketika dia masuk kedalam lubang jalan dan terus jatuh ke parit berdekatan. KJ kemudian menulis tweet kerosakan dengan kapsyen “Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving.”
Dalam beberapa jam sahaja dari tweet KJ, JKR Kuala Langat cepat mengeluarkan respon.
JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh.— JkrKualaLangat (@JkrKualaLangat) December 27, 2020
Itu JKR … memohon maaf yang ditujukan kepada menteri. Mereka menjanjikan tindakan pantas dan berharap dia cepat sembuh. Itu semua terbaik, tetapi bagaimana dengan kita Rakyat Jelata? Sudah berapa ramai penunggang basikal Malaysia yang mengalami kemalangan yang jauh lebih teruk kerana lubang jalan? Ini adalah satu masalah yang besar sehinggakan ada beberapa kumpulan di luar sana yang telah mengabdikan diri untuk mengisi lubang ini sendiri. KJ sendiri kemudiannya mengulas bahawa penunggang motosikal berada dalam lebih banyak bahaya berbanding dia dan basikalnya.
Sebagai pemandu kereta, kita tidak berada dalam bahaya dan ya, sudah tentu, permukaan jalan yang tidak dijaga dan menjadi teruk boleh dan sudah menyebabkan kemalangan. Tetapi masalah yang biasa bagi kita adalah rim yang bengkuk dan tayar pancit. Kami sendiri mengalaminya berkali-kali, kereta rakan kami dan bahkan ianya turut berlaku kepada kereta-kereta pandu uji.
Persoalannya, dari siapa harus kita tuntut kos pembaikan dan apakah pengguna jalan raya biasa dapat lakukan sekarang? Baiklah, menuntut kos pembaikan mungkin sedikit sukar kerana anda mungkin harus menuntut dari bukan hanya JKR tetapi majlis tempatan – yang bermaksud pembayaran peguam, makan masa, dan kemungkinan kalah dan tidak memenangi apa-apa. Tetapi ada kes di mana rakyat Malaysia menang tuntutan mereka, tetapi ini berlaku selepas rayuan demi rayuan.
Sekiranya anda merancang untuk saman, anda harus membuktikan bahawa jalan itu jalan awam, jalan berlubang menyebabkan lebih dari satu kemalangan, tidak ada tanda amaran pihak berkuasa, pihak berkuasa mengetahui mengenai lubang sebelum kemalangan berlaku, dan lain-lain. Anda mungkin juga memerlukan peguam yang baik dan saksi sanggup dari JKR.
Tetapi jika itu semua menyusahkan anda, mungkin anda boleh cuba terlebih dahulu membuat lapuran kepada pihak berkuasa tentang jalan berlubang di sepanjang laluan anda terlebih dahulu. Pihak berkuasa Selangor sebenarnya menggunakan data dari Waze untuk mencari dan memperbaiki jalan berlubang, tetapi pengguna harus melaporkannya terlebih dahulu. Cukup mudah, dan pautan di atas menunjukkan kepada anda bagaimana ia dilakukan.
Selain itu, nampak gayanya kita rakyat jelata agak “terjebak” dalam lubang-lubang bermasalah ini. Pandu selamat, jangan masuk lobang dengan rim rare dan/atau mahal anda, dan periksa tayar anda dengan lebih kerap.
No Comment