Bisnes

Toyota Hentikan Jualan Lima Model JDM

Toyota, menerusi akaun Twitter rasmi mereka, mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan pengeluaran beberapa model pasaran domestik Jepun (JDM). Setakat ini, tidak ada model pengganti dalam perancangan.

Model-model pertama yang akan ditamatkan adalah Porte dan Spade, yang bakal dikeluarkan dari bilik pameran bermula awal bulan ini. Minivan kompak ini diperkenalkan buat kali pertama pada Julai 2004, manakala model generasi kedua muncul lapan tahun kemudian. Porte dijual menerusi pengedar Toyota dan Toyopet, manakala Spade, yang menampilkan rekaan yang sedikit berbeza, boleh didapati menerusi rangkaian pengedar Corolla dan Netz.

Seterusnya adalah Prius α (atau Alpha), yang secara asasnya adalah Prius dalam bentuk MPV. Turut dikenali sebagai Prius V dan Prius + di pasaran-pasaran luar negara, menyertai keluarga Prius sembilan tahun yang lalu dan dijual dalam varian lima dan tujuh tempat duduk di pasaran negara asalnya. Apabila Toyota memperkenalkan Prius serba baharu generasi keempat pada 2015, model Alpha tidak disertakan. Ini agak pelik memandangkan penerimaan model itu sangat memberangsangkan dengan lebih 428,400 unit terjual di Jepun sehingga 2016.

Selain Porte/Spade dan Prius Alpha, Toyota turut mengesahkan bahawa mereka akan menghentikan jualan sedan kompak Premio dan Allion. Kedua-dua model tersebut membuat kemunculan sulung mereka pada 2001 sebagai pengganti Corona dan Carina. Model generasi kedua hadir pada 2007 dan telah berada dalam pasaran sejak itu. Dari 2007 hingga 2016, ia hanya menerima dua facelift. Seperti Prius Alpha, Premio dan Allion dijangka akan terus dijual sehingga Mac 2021. Bagaimanapun, nama Allion akan terus digunakan oleh model Corolla versi ‘long wheelbase’ di China. Model itu dibangunkan oleh usahasama FAW Toyota dan diposisikan di antara Corolla dan Camry.

Previous post

Honda Malaysia Tawar 12.12 Rebat Untuk City S Dan E

Next post

Perodua Catat Jualan 23,119 Unit Pada November 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *