BMW Dan MINI Umum Senarai Harga Baharu
BMW Group Malaysia telah mengumumkan senarai harga baharu bagi kenderaan BMW dan MINI untuk mempelbagaikan lagi pengalaman pemilikan yang diingini oleh para pelanggan.
Struktur harga baharu ini menawarkan pelanggan BMW harga runcit saranan (RRP) baharu yang boleh dipadankan dengan Pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun atau Pakej Servis 5 Tahun / 100,000 km.
Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan yang diingini dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Servis Berjadual Percuma (Pakej Waranti & Servis Lanjutan) seperti sebelum ini tanpa kos tambahan.
Warga MINIacs juga boleh membeli jentera MINI idaman mereka bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma (Pakej Waranti & Servis Lanjutan) pada harga yang sama seperti sebelum ini.
Sebagai alternatif, pelanggan yang mahu membeli kenderaan pada harga runcit saranan yang mencakupi Pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 4 Tahun ataupun Pakej Servis 4 Tahun / 60,000km, boleh berbuat demikian pada harga yang lebih menarik.
Pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia juga meliputi:
- Bantuan Tepi Jalan serta Hotline Kemalangan oleh BMW dan MINI
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card, MINI Black Card
- Servis Dalam Talian BMW dan MINI
Senarai harga penuh BMW dan MINI boleh didapati di pautan yang disediakan.
No Comment