Honda HR-V Generasi Ketiga Dapat Versi e:HEV
Honda telah menyiarkan imej teaser bagi Honda HR-V generasi ketiga lebih awal sebelum ia diperkenalkan sepenuhnya pada 18 Februari depan.
Imej pertama menunjukkan bahawa SUV kompak itu mempunyai rekaan tiang C yang lebih kecil berserta lampu belakang yang lebih langsing berbanding model semasa. Rekaan pemegang pintu tersembunyi juga akan dikekalkan pada model baharu ini.
Sementara itu, imej kedua pula mengesahkan kehadiran varian e:HEV, menjadikan HR-V model Honda terbaru yang menggunakan trenkuasa dengan motor elektrik berkembar tersebut selepas Jazz, CR-V dan City. Perincian teknikal mengenai model ini masih belum didedahkan.
Selain itu, HR-V dijangka hadir dengan barisan enjin petrol sedia ada. Bagi pasaran Malaysia, HR-V dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.8-liter empat silinder dengan 140 hp dan 172 Nm. Terdapat juga varian Sport Hybrid yang menampilkan gabungan enjin 1.5-liter dan motor elektrik.
No Comment