Bisnes

Jualan Global Ducati Susut 9.7% Pada 2020

Walaupun berdepan situasi ekonomi global yang tidak menentu dan terpaksa menghentikan operasi pengeluaran selama tujuh minggu, Ducati Motor Holding berjaya menutup tirai 2020 dengan mencatat rekod jualan pada separuh kedua tahun lalu.

Dibantu jualan yang memberangsangkan dari Julai hingga Disember, syarikat itu menyerahkan sebanyak 48,042 unit motosikal sepanjang tahun lalu, sekaligus mengehadkan penyusutan kepada 9.7% sahaja jika dibandingkan dengan prestasi jualan 2019.

Menurut syarikat dari Borgo Panigale itu, jualan mereka dipacu oleh pelancaran model-model baharu menerusi siri web Ducati World Premiere yang mengandungi lima bahagian. Ia dimulakan dengan Multistrada V4, diikuti dengan rangkaian model Scrambler dan XDiavel, seterusnya Panigale V4 SP dan SuperSport 950, Diavel 1260 Lamborghini dan akhir sekali, Monster serba baharu.

Daripada keseluruhan rangkaian model yang ditawarkan, Streetfighter V4 muncul sebagai model Ducati paling popular tahun lalu dengan jualan sebanyak 5,730 unit, manakala Scrambler adalah rangkaian model paling popular dengan jualan keseluruhan berjumlah 9,265 unit.

Di China, Ducati berjaya menyerahkan 4,041 unit motosikal, mewakili peningkatan sebanyak 26%, manakala jualan di Jerman dan Switzerland juga menyaksikan peningkatan signifikan dengan pertumbuhan sebanyak 6.7% dan 11.1%. Dengan jualan mencecah 7,100 unit, Itali kekal sebagai pasaran utama Ducati.

Previous post

Ini Dia Toyota Yaris WRC 2021

Next post

Prototaip Renault 5 Ini Nampak Seperti Jawapan Kepada Honda E

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *