Bisnes

Mengapa Sesetengah Jenama Diberi Layanan Istimewa Di Malaysia?

Industri automotif Malaysia pasti amat mengelirukan bagi bakal pelabur. Walaupun ianya sudah biasa bagi mana-mana negara untuk melindungi pengeluar domestik mereka supaya mereka tetap berdaya saing , Malaysia juga mempraktikkan ‘insentif tersuai’ (customised incentive) dengan setiap pembuat kenderaan. Dengan kata lain, pelabur tidak dapat memperoleh angka-angka yang mereka mahukan hanya dengan dasar dan undang-undang yang ada. Tak ke pelik tu?

Mereka perlu meminta seseorang bertemu dengan agensi kerajaan yang relevan dan membincangkan di sebalik pintu tertutup bagaimana angka itu akan kelihatan. Apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup ini, siapa tahu tetapi orang yang terlibat …

Tahun lepas sahaja, kami dapat melihat kesan daripada dasar customised incentive yang berterusan ini. Mercedes-Benz memilih Thailand untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran bateri globalnya. Toyota menandatangani kontrak untuk membantu mengembangkan Pattaya menjadi kota lestari yang dapat dicontohi, dan Hyundai Motor Group memutuskan untuk membina sebuah kilang besar di Indonesia dan sebuah kemudahan berteknologi tinggi di Singapura.

Itu baru ‘opportunity cost'(kos peluang), jadi mungkin tidak ‘menyakitkan’. Ini adalah wang yang BOLEH dilaburkan dalam industri automotif Malaysia, tetapi kita, sekali lagi, sudah melepas.

Kita juga harus mempertimbangkan sebelah lain cerita ini – syarikat yang telah melabur di negara kita, hanya untuk mendapat customised incentives menarik keluar tikar dari bawah mereka. Mari kita mulakan dengan jenama Jepun, kerana ini adalah marque bukan nasional dengan jumlah pengeluaran tertinggi di Malaysia.

Honda mempunyai dua kilang di Pegoh. Sekali, mereka mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 100,000 unit.

Kilang Honda Pegoh Plant

Nissan, yang diwakili oleh Tan Chong Motor Holdings, ada 2 kemudahan produksi di Segambut dan di Serendah. Kilang-kilang ini turut mempunyai kapasiti sekitar 100,000.

Kilang Nissan Serendah

Toyota mempunyai 2 kemudahan pengeluaran di Malaysia – Shah Alam dan Bukit Raja. Mereka mampu mengumpulkan sekitar 88,000 kereta setahun di Malaysia.

Kilang Toyota Bukit Raja

Kilang Kulim Mazda juga boleh tahan, kerana mereka memasang kenderaan untuk pasaran eksport dan juga domestik. Sekurang-kurang 45,000 kenderaan dibina dalam setahun.

Kilang Mazda Kulim

Mitsubishi dan Volkswagen juga, memasang kenderaan di Malaysia.

Kilang Volkswagen Pekan

Bayangkan jumlah pelaburan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat ini untuk membina kilang-kilang, membawa masuk jentera, mengambil kakitangan tetap, dan menyelenggara kemudahan.

Jenama-jenama ini mungkin berpuas hati dengan pengaturan yang mereka dapat pada mulanya, dan mereka mungkin berfikir bahawa mereka dapat mengganti kos mereka setelah beberapa tahun memasang kenderaan tempatan. Tetapi sesuatu terjadi pada tahun 2018 di mana rancangan mereka tidak menjadi.

Bila Proton pertama kali memperkenalkan X70, mereka mempunyai masa satu tahun untuk menjual kereta ini yang diimport sepenuhnya dari China dengan harga yang lebih rendah daripada kenderaan yang dipasang oleh jenama Jepun. Ini berterusan sampai keseluruhan stok CBU habis dijual.

Proton X70 CKD Starts
Kilang Proton Tanjung Malim

Ya memang, ini semua berita lama sekarang – tetapi banyak mana “tempatan”kah CKD Proton X70 dan X50 berbanding CKD CX-5 atau CR-V?

Sekiranya harga istimewa ini diberikan kepada syarikat seperti Perodua, itu wajar. Mereka bahkan membuat enjin dan transmisi mereka secara tempatan. Perodua seperti Aruz dibina dari 95% komponen tempatan dan syarikat terus meningkatkan sokongan vendor tempatan.

Tetapi mengapa kereta yang bahagiannya berasal dari China mendapat harga yang lebih baik daripada kereta yang bahagiannya berasal dari Jepun jika kedua-duanya dipasang di Malaysia oleh orang Malaysia? Ya, melindungi industri tempatan adalah penting, tetapi pasti ada cara yang lebih baik untuk menentukan sama ada kenderaan tertentu perlu mempunyai perlindungan harga, jika tidak, memulakan jenama kereta nasional baharu mungkin menjadi kegilaan seterusnya.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan dengan organisasi yang kompeten dan profesional untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih jelas lagi kepada bakal pelabur.

Previous post

Porsche Jual 272,162 Buah Kereta Pada 2020 Menurun 3% Dari 2019

Next post

Cycle & Carriage Mengeluarkan Surat VSS Kepada Semua Pekerja

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *