Sedan Elektrik Flagship NIO Muncul 9 Januari Ini
NIO mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan sedan elektrik flagship di acara NIO Day yang akan diadakan di Chengdu, China pada 9 Januari ini.
Melihat kepada gambar teaser yang disiarkan oleh syarikat itu, model tersebut jelas mempunyai profil sisi sportback yang tidak ubah seperti model konsep NIO ET Preview yang diperkenalkan dua tahun lalu.
Laporan mengatakan bahawa sedan itu akan hadir dengan teknologi pemanduan autonomi dan pek bateri berkapasiti 150 kWh yang dikatakan pek bateri terbesar pernah digunakan oleh sebuah model produksi.
Jika benar, ia mungkin menawarkan jarak pemanduan sejauh 600 hingga 800 km dengan satu cas penuh, dengan kadar penggunaan tenaga 20 kWh/100 km.
Selain itu, NIO juga akan memperkenalkan stesen penukaran pek bateri generasi kedua dan pelbagai lagi teknologi baharu.
No Comment