Sukan

Alfa Romeo GTV6 3.0 Dibina Untuk Berlumba Di Afrika

Hanya sebilangan kecil kereta GTV6 ini yang tinggal di dunia hari ini dan kita nak satu.

Ini adalah salah satu kereta sukan Alfa Romeo klasik moden yang paling diingini. Direka oleh Giorgetto Guigaro dan hanya boleh didapati sebagai coupe fastback dua pintu yang sporty, ini merupakan kereta prestasi dua pintu klasik moden terakhir Alfa.

Sudah tentu, kita juga ada GTV awal 2000 dan yang terbaharu, Alfa Brera, tetapi Alfa GTV dari tahun 80-an ini tetap berada di tangga teratas senarai yang dicari untuk kami dan banyak rakan-rakan penyayang kereta Itali kami.

Alfa Romeo GTV6_dashboard

Sejarah

Alfa Romeo sudah membina kereta selama 111 tahun dan mereka telah membina dan menghantar beberapa kereta yang agak istimewa seperti Alfa SZ tetapi dalam keseluruhan 111 tahun membina kereta, tidak pernah ada kereta seperti GTV6 yang unik ini. Kilang Alfa membina sekitar 22,000 unit GTV6 dari tahun 1981 hingga akhir tahun 1987.

Alfa Romeo GTV6_engine
Alfa Romeo GTV6_rear shot
Alfa Romeo GTV6_silver
Alfa Romeo GTV6_front shot
Alfa Romeo GTV6_dimensions

GTV6 2.5

Ya, ada juga versi 2.0L yang tidak ada oomph untuk mengerakan Italian yang berat ini. GTV6 juga mempunyai en jin 2492cc, V6 yang legenda oleh Giuseppe Busso. Pemilik semasa dan sebelumnya akan mengetahui bahawa enjin 2.5 liter pasangan kilang terkenal dengan kegagalan head-gasket, masalah elektrik, dan untuk bahagian dunia kita, masalah karat. Bahagian dalaman yang hancur adalah masalah lain bila tahun berlalu. Walau bagaimanapun, kebanyakan pemilik menjadikannya hobi sepanjang hayat untuk memastikan GTV6 mereka tetap berjalan dan dapat menikmati penampilan dan pemanduan klasiknya.

Saingan

Direka untuk bersaing dengan Ford Capri, Opel Monza dan Porsche 924, kereta sport klasik ini bernilai dua kali ganda berbanding pesaingnya yang disebutkan di atas hari ini. Ya, nilainya telah meningkat lebih cepat daripada pesaingnya di Eropah. Ketika itu, pengeluar kereta Jepun melihat peningkatan permintaan dalam segmen sukan ini dan Mazda RX-7 Savanna, Toyota Celica dan Honda Perlude tiba tetapi dengan sedikit kesan pada high-desire-factor yang disampaikan oleh Alfa GTV6 ini.

Model Yang Mengejutkan

Anda mungkin peminat Alfa yang sebenar, atau kaki kereta tulen tetapi ramai di antara anda mungkin tidak tahu atau pernah mendengar tentang GTV6 3.0 yang agak istimewa dan jarang. Ya, GTV6 3.0L yang memiliki lebih banyak power dan semangat direka untuk satu negara sahaja, dan bukan Itali.

Alfa Romeo GTV6 3.0 adalah hasil kerjasama antara Alfa Romeo Afrika Selatan, Autodelta (bahagian competition syarikat Itali) dan Alfa Romeo Itali, untuk memberi GTV 2.5 liter peluang yang lebih baik untuk mengalahkan BMW 535i yang lebih besar di South African touring car championship yang sangat kompetitif.

Autodelta mengirim cylinder head casting, crankshaft, pistons, dan cylinder sleeves dengan injap yang lebih besar, dan enjinnya dimesin dan dipasang di Afrika Selatan, untuk kekuatan V6 3 liter yang lebih tinggi. Fuel injection ditukar kepada karburator Dellorto. Model baharu ini memenangi perlumbaan sulungnya di Kyalami pada tahun 1983 dan mengikutinya dengan 1-2 dalam kelas Kumpulan 1 Castrol Three-hour race di Killarney.

Alfa Romeo terpaksa homologate model tersebut dengan membina sekurang-kurangnya 200 unit dari tahun 1983 hingga 1985 dengan tambahan 8 unit (jumlah keseluruhan 208) untuk pengumpul swasta yang tahu mengenai pengeluarannya.

Curb weight GTV ini, 1118kg, jadi enjin 2,934cc memungkinkannya untuk memiliki masa pecut 0 hingga 100km / jam 7.8 saat dan kemungkinan kelajuan maksimum 225km / j.

Enjin 3.0L menghasilkan kuasa maksimum 186 PS pada 6700 rpm dan tork maksimum 265 Nm pada 4300 rpm. Kekuatan itu dihantar ke jalan oleh pacuan roda belakang (RWD) dengan kotak gear Manual 5 kelajuan.

Alfa Romeo GTV6_motorsports
Alfa Romeo GTV6_racing

Kini

Nilai di pasaran kereta terpakai di antara RM30,000 untuk ‘kita perlu mengusahakan kereta ini selama beberapa bulan’ hingga RM60,000 untuk GTV6 2.5 yang dibaikpulihkan sepenuhnya seperti yang anda lihat dalam brosur di bawah ini. Adakah ianya berbaloi dengan harga yang diminta? Well, kereta ini disenarai ‘willing buyer willing seller’ jadi, begitulah hendaknya.

Alfa Romeo GTV6_brochure

Bagaimanapun, GTV6 3.0L lah yang patut dimiliki. Malah penjual di luar negara meminta antara RM180,000 hingga RM220,000 dimana kami rasa adalah terlalu mahal. Sertailah kelab Alfa Romeo Owners di Malaysia dan anda akan diberitahu oleh sekumpulan pemilik bersemangat yang tahu siapa yang harus dicari untukl Alfa yang terbaik untuk anda.

Previous post

BMW Merupakan Jenama Premium Paling Laris Thailand

Next post

6 Maut Dalam Kemalangan Bertindih Besar-Besaran Di Lebuhraya Texas Amerika Syarikat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *