Pemasangan Tempatan Porsche Akan Mengurangkan AP Pengimportan Terpakai
Harga baharu untuk CKD Porsche juga akan menganggu gugat pesaing Jerman mereka.
Dengan Porsche AG membuat perancangan untuk memulakan pemasangan Porsche baharu di Malaysia, terdapat banyak perbincangan media sosial tentang model Porsche yang mana satu akan dipasang tempatan dan berkemungkinan harga jualanya akan lebih rendah, penglibatan Sime Darby Motors dalam perniagaan mereka dan bertambah juga kekecohan elektrik.
Porsche Yang Mana
Inilah pendapat kami berkenaan perniagaan baharu yang menarik ini. Mengapa kita mengatakan menarik? Baiklah, jelas bahawa maksud pemasangan tempatan hanya untuk kenderaan elektrik. Setelah berjaya melancarkan kereta elektrik penuh Taycan di Malaysia pada bulan September tahun lalu dan pesanan dan minatnya yang semakin meningkat, jelas bahawa Porsche AG sedang berusaha untuk memasang Taycan dan juga kenderaan elektrik seterusnya, SUV Porsche Macan di Malaysia.
Kilang Yang Mana
Kilang Pemasangan Inokom di Kulim Kedah yang dimiliki oleh Kumpulan Sime Darby adalah lokasi yang dicadangkan dan kemudahan pemasangan yang baharu sepenuhnya akan dibina mengikut standard Porsche AG. Ini mengisyaratkan kemungkinan ini adalah kemudahan pemasangan kenderaan elektrik tulen.
EV Pemasangan Tempatan Kedua
Model Porsche seterusnya yang mungkin dipasang di Malaysia ialah Macan EV 2021 yang akan dibina atas platform PPE Porsche. Ini adalah senibina yang sama yang digunakan untuk Taycan. Dengan populariti SUV dan kejayaan penjualan berterusan Macan bertenaga petrol dengan harga bermula dari RM439,351 di Malaysia, versi EV dengan harga pemasangan tempatan akan mencabar pesaing terdekatnya dan mendorong pemilikan Porsche di rantau ASEAN menjadi sama dengan Mercedes, BMW , Volvo dan juga Lexus.
Bagaimana Dengan Sainganya
Kereta elektrik Taycan dijual dengan harga dari RM584,561 untuk model entry-levelnya (sebelum insentif cukai pemasangan tempatan) dan dengan pemasangan tempatan, ini dapat menurunkan harga jualannya agar setara dengan apa yang ditawarkan Mercedes-Benz, Volvo, Lexus dan BMW dengan model berkuasa petrol dan hibrid mereka.
Sementara itu, Audi buat masa ini tidak dalam persamaan kerana mereka bergelut untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan dan penyelenggaraan yang lebih luas yang diinginkan pembeli. Bagi Audi, hanya Lembah Klang nampaknya merupakan satu-satunya pasaran yang berbaloi. Ya, ada dealer di Juru, tetapi adakah itu cukup untuk meyakinkan pembeli Audi. Sementara itu, pasaran kelabu / AP menjual lebih banyak kenderaan Audi dengan harga yang agresif dan tanpa after-sales dan jaminan rasmi yang diberikan. Pelik?
Permintaan Global Untuk Porsche EV
Porsche sudahpun membuat permulaan yang berjaya ke era semua elektrik, menghantarkan lebih dari 20,000 Taycan kepada pelanggan di seluruh dunia pada tahun 2020. Di Norway, Taycan pada masa ini menyumbang 70 peratus daripada semua model Porsche yang dijual, dan awal bulan November menyaksikan pelanggan yang ke 1000 menerima Taycan mereka kerana penjualan Porsche di Norway meningkat dua kali ganda.
Kereta sukan elektrik ini sudah menerima sekitar 50 anugerah antarabangsa, terutama di pasaran utamanya di Jerman, AS, UK dan China. Taycan pacuan roda belakang yang baharu juga memegang Rekod Dunia Guinness untuk drift terpanjang dengan kereta elektrik, setelah dipandu tanpa henti sejauh 42.171 kilometer.
No Comment