KIA Motors Ada Jaminan Kilang 7 Tahun Untuk Pemilik Global
Adakah jaminan kilang baharu ini akan ditawarkan kepada pemilik Kia Malaysia?
Kia Motors Corporation baru-baru ini telah mengumumkan jaminan lanjutan untuk kenderaan Kia dengan jaminan pengeluar asal yang tamat antara 1 Februari dan 30 April 2020. Yang paling penting, adakah pembeli Kia Malaysia akan mendapat perlindungan jaminan yang dilanjutkan ini?
Sebilangan besar pemilik Kia di Malaysia mungkin tidak diberitahu mengenai janji baharu ini dari Kia Motors Corporation kerana jenama ini mengalami pertukaran penjaga pada masa ini. Berita terkini mengenai ini akan dikongsi dengan anda setelah disahkan.
Pada April 2020, Kia Motors Corporation mengumumkan pelancaran ‘Kia Promise’ yang merupakan program lanjutan jaminan global untuk kenderaannya. Janji ini dibuat di laman web European Kia mereka.
Kia Promise dirancang untuk menyokong pelanggan Kia yang pergerakannya mungkin terhad kerana pandemi COVID-19.
Kia Promise merangkumi 142 negara di seluruh dunia, dan semua kenderaan dengan jaminan Kia asli yang berakhir antara 1 Februari dan 30 April 2020. Program ini memperpanjang jaminan semua kenderaan yang layak hingga 30 Jun 2020. Kia Motors percaya bahawa lebih daripada 500,000 pelanggan di seluruh dunia dapat manfaatkan dari pelanjutan jaminan Kia Promise.
Dengan banyak negara dan perniagaan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengatasi wabak COVID-19, Kia Promise bertujuan untuk membantu pelanggan yang mungkin tidak dapat mengunjungi bengkel selama ini. Program ini juga dapat membantu pelanggan yang tidak dapat membawa kereta mereka untuk diservis secara percuma untuk negara-negara yang kena lock down.
Sangdae Kim, Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Pengalaman Pelanggan Global di Kia Motors Corporation, berkata: “Dengan memberikan perlindungan jaminan komprehensif Kia kepada pelanggan yang mungkin terkesan dengan wabak itu, Kia Motors berharap mereka tidak perlu khuatir lagi buat masa ini. Matlamat kami adalah untuk membantu mengurangkan segala kebimbangan pelanggan kami mengenai penyelenggaraan kenderaan semasa tempoh PKP. “
Pada bulan Ogos tahun lalu, Kia melancarkan SUV Sorento Plug-In Hybrid mereka dan ia disertakan dengan jaminan 7-tahun, 150,000 kilometer sebagai standard.
Sementara itu, pada bulan Januari tahun ini, hanya beberapa minggu yang lalu, Kia Motors America menawarkan program jaminan 10-tahun / 100,000-mil yang luar biasa, yang merangkumi jaminan powertrain terhad 10-tahun / 100,000-mil, terhad 5-tahun / 60,000-mil jaminan asas, dan jaminan anti-perforasi terhad 5 tahun / 100,000 batu. Ini juga merangkumi liputan bantuan di tepi jalan selama lima tahun atau 60,000 batu, yang mana terdahulu.
Untuk perbandingan, Toyota America hanya memberikan jaminan terhad 36 bulan / 36,000 batu, jaminan asas 36 bulan / 36,000 batu, jaminan mesin 60 bulan / 60,000 batu, dan perlindungan karat selama 60 bulan dan batu tanpa had untuk Toyota Camry terkini.
Kesimpulannya, kita perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam beberapa bulan ini dengan jenama Kia di Malaysia.
No Comment