Jangan Tanggalkan Tint Kereta Anda Sebelum Anda Baca Ini
Pemilik kenderaan Mazda sila periksa tint kereta anda.
Pemilik kenderaan Mazda yang telah membeli kereta mereka dalam beberapa tahun kebelakangan dan memasang tint kereta Skytint dari Bermaz Motor, sila perhatikan perkara berikut dan kongsi sama dengan rakan-rakan kelab kereta Mazda anda.
Ini benar-benar tidak berbaloi untuk menanggalkan filem Skytint di tingkap anda. Harga runcit tint tingkap ini ialah RM3,600.00 untuk kenderaan utiliti sukan kecil (SUV) yang ditawarkan oleh Bermaz Motors kepada semua pelanggannya dan ada ‘beberapa’ pembekal tint tingkap lain yang akan mendakwa mereka mempunyai produk yang lebih baik dan memujuk anda untuk merobek Skytint anda dan memasang tint yang tidak berkualiti atau kadangkala tint tingkap yang palsu.
Ya, beberapa jenama besar tint tingkap mempunyai versi palsu di banyak kedai tint tingkap kereta bebas dan mereka sering menawarkan promosi pakej coating (badan) kereta sekali dengan tint tingkap dengan nilai harga kombo yang susah ditolak.
Harap maklum bahawa perniagaan tint tingkap palsu atau sub-standard menghasilkan keuntungan yang besar dan banyak pemilik kereta Malaysia kena tipu hari demi hari.
Sejak setahun yang lalu, kerana kami menyiarkan beberapa artikel yang menyoroti beberapa masalah tint tingkap kereta di Malaysia (di mana terdapat beberapa penipuan dan beberapa tint tingkap yang tiada kualiti dijual dengan janji-janji tinggi) dan beberapa pemilik perniagaan ini telah menghubungi kami dan ‘memberi amaran’ kepada kami supaya syatap!
Kami cuma mahukan pemilik kereta Malaysia mendapat nilai wang yang mereka bertungkus lumus cari dan tidak ‘dipermainkan’ oleh kedai tint tingkap kereta yang ditutup selepas beberapa tahun menjual tint palsu kepada pemilik kereta yang tidak menahu dan naif.
Baru minggu ini, pembaca menulis kepada kami meminta nasihat kerana dia mahu mengopek Skytint barhaunya untuk memasang jenama tint tingkap lain. Ini adalah nasihat kami kepadanya.
Skytint kini menawarkan kempen penggelapan rasmi dengan Mazda (Bermaz Motors) untuk semua pelanggannya.
Dicadangkan agar pemilik Mazda memandu ke pejabat Skytint (selepas PKP 2.0 ini) dan mereka akan demo keberkesanan Skytint mereka dengan mesin ujian tint mereka dari Jepun. Semua tint mereka diimport dari Jepun dan mereka mempunyai dokumen dan jaminan yang relevan untuk mengesahkan ini (mereka sudah mempunyai kehadiran antarabangsa selama lebih dari 60 tahun).
Memang biasa bagi pemilik kenderaan untuk terasa keliru diantara:
- TSER – Total Solar Energy Rejected / Jumlah Tenaga Suria Yang Ditolak adalah peratusan jumlah tenaga suria yang kena reject. TSER merangkumi ketiga-tiganya: cahaya yang dapat dilihat, infrared dan ultraviolet. Semakin tinggi peratusannya, semakin tinggi peratusan tenaga suria yang ditepis. Sebilangan besar kedai filem / tint menggunakan Infrared Rejection (IRR) sebagai panduan untuk tahap tepisan haba tetapi IRR hanya meliputi 1/3 TSER. Di peringkat antarabangsa, TSER digunakan sebagai panduan kerana ia adalah kaedah yang lebih tepat untuk mengukur tepisan haba kerana ia merangkumi ketiga-tiganya (cahaya, infrared dan ultraviolet).
- UVR – Peratusan UV yang ditolak. Di pasaran filem masa kini, ia boleh mencapai setinggi 99%. Ini penting dan salah satu perkara utama yang perlu dicari oleh semua orang semasa membeli filem / tint tingkap.
- IRR – Jumlah cahaya infrared (IR) yang ditolak.
Semuanya tertakluk kepada cara penjualan
Pengurusan Jasa Sarjana (Skytint) mengatakan bahawa yang perlu anda lakukan adalah hanya menambahkan lapisan yang lebih gelap di atas tint lama terutama tingkap belakang justeru anda akan mendapatkan kereta yang lebih gelap sambil mengekalkan had wajib Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) untuk tint tingkap kereta .
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Skytint oleh ICE-U yang dihasilkan dan dimiliki oleh Riken Technos Corp atau untuk pertanyaan mengenai pemasangan, layari ice-u.com.my atau hubungi pengedar rasmi Jasa Sarjana Sdn Bhd di +60 3 5569 2230.
No Comment