Kemalangan BMW M4 Di Singapura Menyebabkan 5 Maut
Tragedi melanda apabila BMW M4 yang dipandu laju pada hari ke-2 Tahun Baharu Cina 2021.
Pagi semalam, penduduk yang tinggal di Tanjong Pagar terjaga kerana bunyi kuat enjin S54 6 silinder. Johnathan Long, bersama dengan 5 orang lain yang berusia di bawah 30 tahun, telah memasuki BMW M4 Coupé untuk bersuka ria sebelum matahari terbit. Tidak jelas sama ada pemandu atau penumpangnya mabuk. Laporan menyebutkan bahawa mereka berada di sebuah restoran Korea sebelum kejadian. Sama ada memandu dalam keadaan mabuk atau tidak, apa yang berlaku seterusnya sangat mengerikan.
Video telefon saksi mengambarkan kereta itu dipandu pantas dan laju sepanjang Jalan Tanjong Pagar. Had kelajuan jalan itu ialah 50km / jam, dan BMW M4 dilihat dipandu sekurang-kurangnya 3 kali lebih laju dari hadnya. Sebaik sahaja melintas pemandangan kamera itu, terdengar bunyi berdentum yang kuat. Pemandu itu telah merempuh M4 itu masuk sebuah kedai yang kosong dan dalam masa yang singkat, kereta itu ditelan api.
Teman wanita Mr. Long berjaya keluar dari bangkai kereta sebelum terbakar. Dia cuba menyelamatkan 5 yang lain di dalam kereta, tetapi tidak sempat membuka pintu kereta. Dia mengalami cedera kebakaran yang teruk dalam proses tersebut dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Dia baharu saja mendapat pekerjaan sebagai seorang pramugari.
Kelima-lima mangsa kejadian itu adalah pemuda yang berjaya dan cerdas. Keenam-enam, termasuk teman wanita pemandu, sama ada masih atau pernah bekerja untuk Aviva Financial Advisers.
Pada pukul 5.40 pagi, pihak berkuasa diberitahu mengenai kebakaran di 37, Tanjong Pagar Road. Seorang saksi melaporkan melihat seorang lelaki berlutut di tempat kejadian meminta pertolongan untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang sedang terbakar. Tidak jelas bagaimana dia terlibat. Adakah dia membuat rakaman video rakan-rakannya dari luar kereta itu? Adakah dia berada di dalam kereta lain? Tidak ada penjelasan diberikan.
Kesemua 5 mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik. Ini adalah bilangan kematian tertinggi akibat satu insiden lalu lintas dalam satu dekad terakhir di Singapura.
Sekali lagi kami ingin mengingatkan anda tentang bahaya memandu dengan laju dan memandu melebihi kemampuan seseorang. Sentiasa ketahui had anda dan had kereta anda. Ingat akan tanggungjawab anda dan ingat kepada orang yang dikasihi dan pengguna jalan raya yang lain.
No Comment