Berita Auto

Mitsuoka Rock Star Beri Penghormatan Kepada Corvette C2

Betapa koolnya kereta sport Mitsuoka ini dan anda mahu?

Sekiranya anda bukan petrol-head (peminat kereta) yang sebenar, anda mungkin tidak tahu mengenai syarikat kereta Mitsuoka. Sekiranya anda menyemak secara dalam talian, Mitsuoka adalah pembuat kereta Jepun dan yang ke-10 terbesar di Jepun. Mitsuoka lebih kepada pereka kereta daripada pengeluar kereta.

Model perniagaan mereka adalah dengan mengambil kereta Jepun yang popular sekarang dan menyusun semula bodi (badan kereta) dan menggunakan platform, sistem pacuan, elektronik dan keselamatan asal. Mitsuoka lebih mirip seperti kereta kit yang dipasang dengan baik, dengan bangga mengambil inspirasi dari reka bentuk kereta klasik Britain dan Amerika yang ikonik dan menyesuaikannya ke platform moden.

Mitsuoka C2 Corvette_rear side detailing
Mitsuoka C2 Corvette_luggage space
Mitsuoka C2 Corvette_Mazda MX-5 1.5L engine
Mitsuoka C2 Corvette_rear lights

Mitsuoka pernah berniaga di Malaysia bertahun-tahun dulu dengan bilik pameran di Petaling Jaya. Perniagaan ini bagaimanapun ditutup pada tahun 2018 tanpa maklumat lebih lanjut.

Sementara itu, ada kejutan yang dikongsi bersama oleh ahli kelab kereta Mazda MX-5. Inilah Mitsuoka Rock Star yang baru-baru ini mereka jumpa dijual di Kuching, Sarawak.

Diilhamkan oleh The Vette

Ia nampak seperti Chevrolet C2 Corvette vintaj, penghormatan Jepun skala tiga suku ini untuk kereta sport Amerika klasik boleh menjadi pengganti yang sempurna bagi impian Amerika mereka di sini, tanpa tergadai kerana maintanence.

Platform Mazda MX-5

Dengan Mitsuoka Rock Star, apa yang anda dapat pada dasarnya ialah ND Mazda MX-5 generasi terkini dengan gaya Corvette Stingray. Menampilkan dengan siluet C2 ikonik lengkap dengan chrome over-riders depan belakang, lampu belakang signature quad circular, tidak keterlaluan untuk berfikir bahawa ramai akan benar-benar percaya bahawa Mitsuoka ini adalah Corvette vintaj ketika di jalan.

Satu perkara yang mungkin menyedarkan orang bahawa ianya bukan C2 yang sebenar adalah kerana tidak adanya bunyi gemuruh V8. Walau bagaimanapun, powertrain Mazda standard dalam Rock Star ini bermaksud bahawa Mitsuoka akan jauh lebih menjimatkan dari segi operasi berbanding Corvette, dan juga lebih hebat mengambil selekoh kerana menggunakan pakej pengendalian MX-5.

Mitsuoka C2 Corvette_rear view
Mitsuoka C2 Corvette_side view
Mitsuoka C2 Corvette_badges
Mitsuoka C2 Corvette_front nose detailing

Tetapi, kenyataan itu tidak berapa tepat, kerana sementara mungkin tidak perlu berbelanja besar untuk maintain Rock Star ini (kerana harganya tidak lebih dari harga untuk maintain MX-5 baharu) tetap masih ada kos yang agak besar sebelum benar-benar dapat memanggil Mitsuoka biru muda ini sebagai milik anda.

Harga yang dimintanya, RM398,000 untuk contoh biru Los Angeles yang dilihat di sini mungkin mahal namun kami fikir ia berbaloi untuk pandangan kedua atau ketiga.

Harus diingat bahawa semua Rock Stars meninggalkan barisan pengeluaran Mitsuoka dengan enjin empat-silinder 132hp 1.5 liter Jepun yang kurang menarik, enjin empat silinder aspirasi semula jadi, berbanding enjin 2.0 liter 181hp yang dipasang pada spesifikasi tempatan MX-5s. Sebagai tambahan, roadster khusus ini dilengkapi dengan transmisi automatik enam kelajuan dan bukannya manual shift biasa.

Namun, ianya kereta sport yang memang kelihatan nampak dan jika anda mempunyai wang lebih apa salahnya?

Mitsuoka C2 Corvette_front bumper
Mitsuoka C2 Corvette_front lights
Mitsuoka C2 Corvette_wheels
Mitsuoka C2 Corvette_chrome bumpers
Mitsuoka C2 Corvette_MX-5 interior
Mitsuoka C2 Corvette_advert
Mitsuoka C2 Corvette_colour choices

Previous post

Porsche Taycan Cipta Rekod Kereta Terpantas Di Dalam Bangunan Tertutup

Next post

Volvo XC40 T5 Twin Engine PHEV Akan Datang Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *