Aplikasi Honda CONNECT Dilancarkan Di Malaysia
Honda Malaysia hari ini melancarkan Honda CONNECT yang menggunakan teknologi telematik bagi membolehkan pemilik berhubung dengan kereta mereka menerusi aplikasi telefon pintar.
Dari segi keselamatan dan sekuriti, Honda CONNECT didatangkan dengan ciri-ciri berikut:
- Automatic Collison Detection System – menawarkan sokongan kepada pemandu menerusi Pusat Panggilan Bantuan Tepi jalan 24 Jam sekiranya berlaku kemalangan atau beg udara mengembung. Pusat panggilan akan dimaklumkan dan bantuan kecemasan akan dihantar. Pemilik akan diberitahu melalui aplikasi.
- Security Alarm Detection – Bertindak memantau situasi kereta dari jarak jauh. ‘Push notification’ akan dihantar ke pemilik dan pusat panggilan sekiranya pintu, but atau bonet dibuka secara paksaan.
- Find My Car – membantu pemandu mencari lokasi kenderaan mereka di kawasan parkir.
- Speed Alert dan Geo Fencing Alert – Kedua-dua ciri ini berfungsi untuk memaklumkan pemilik sekiranya kereta dipandu keluar dari parameter yang telah ditetapkan atau melebihi had laju.
Bukan itu sahaja, Honda CONNECT juga memberikan kemudahan kepada pemilik menerusi ciri-ciri berikut:
- Remote Vehicle Control – Membolehkan pemilik membuka/mengunci pintu kereta dari jarak jauh. Pemandu boleh menghubungi pusat panggilan untuk membuka pintu sekiranya kunci tertinggal di dalam kabin. Ciri ini juga membolehkan pemandu juga boleh menghidupkan/mematikan enjin, sistem pendingin hawa dan lampu menerusi telefon pintar mereka.
- Car Status dan Service Reminder – Status kereta dan peringatan servis akan dipaparkan menerusi aplikasi Honda CONNECT sebagai peringatan kepada pemandu. Terdapat juga fungsi panggilan kecemasan. Pemilik juga boleh memerika sejarah servis, senarai alat ganti, anggaran kos servis, selain menghubungi pusat servis Honda untuk membuat janji temu.
Selain itu, Remote Diagnostic Support pula boleh mengesan pelbagai masalah dengan 11 penunjuk utama iaitu Anti-lock Brake System (ABS), Supplemental Restraint System, Brake System, Engine Malfunction, Charging System, Vehicle Stability Assist (VSA) System, Electric Power Steering (EPS) System, Lane Keep Assist System (LKAS), Adaptive Cruise Control System (ACC), Safety Support dan Power System.
Menurut pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama, Honda CONNECT akan ditawarkan pada Honda City RS e:HEV yang akan diserahkan kepada pelanggan bermula bulan ini.
No Comment