Berita Auto

BMW 320d Sport Patut Dibeli

Jentera diesel berusia 11 tahun ini akan terus berjalan dengan lancar dengan pelincir terbaik

Dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2009, model diesel empat silinder ini masih lagi belum lapuk atau ketinggalan zaman seperti yang disangkakan. Malah bagi para peminatnya, 3 Series ini masih mempunyai potensi.

Pada masa itu, BMW Malaysia turut melancarkan 520 Diesel Sports Edition rekaan Chris Bangle yang lebih besar dan bergaya, X3 xDrive20d Executive Edition dan juga 730Ld yang lebih mewah. Ini adalah sebelum kereta hibrid mula menembusi pasaran dan sebelum ‘dieselgate’ menjadi tajuk utama akhbar. Ketika pelancarannya, BMW Malaysia hanya menawarkan waranti selama tiga tahun atau 60,000 km untuk semua model dan ia diterima oleh pembeli kereta di Malaysia.

Ya, suatu ketika dahulu kereta mewah Eropah berkuasa diesel mendapat permintaan yang tinggi kerana ia menawarkan jarak perjalanan yang lebih jauh dengan kos bahan api yang rendah, serta penyaluran kuasa julat pertengahan yang hebat dari enjin yang kaya dengan kuasa kilas.

Hari ini, rangkaian enjin diesel hanya ditawarkan oleh pengeluar trak pikap. Jenama-jenama kereta mewah dari Jerman dan Eropah telah menarik balik penawaran diesel mereka akibat isu yang membelenggu bahan api itu di Kesatuan Eropah.

Sementara itu, di Malaysia permintaan untuk BMW diesel terpakai masih lagi tinggi dan para pemiliknya mengakui kebolehpercayaan dan penyampaian kuasa yang mengagumkan asalkan ia diberikan diesel berkualiti tinggi dan dijaga dengan baik.

Dengan diesel berkualiti tinggi yang boleh didapati dengan mudah di seluruh Malaysia di semua stesen BHPetrol yang menjual diesel Infiniti Euro 5, yang mempunyai dos aditif berganda di dalam campurannya, memiliki BMW berkuasa diesel hari ini kekal mudah dan bebas masalah.

Kajian bebas berkenaan enjin diesel yang berusia dan enjin diesel moden menunjukkan bahawa kandungan aditif yang tinggi ini dapat membersihkan deposit yang ada pada penyuntik dengan berkesan, selain menghalang pembentukan deposit baharu. Ini adalah bahan api yang mungkin ingin diberi perhatian oleh pemilik atau bakal pemilik 320d.

Terdapat juga keperluan untuk mendapatkan pelincir yang sesuai utuk memastikan enjin diesel BMW anda terus beroperasi tanpa sebarang masalah. Di sini anda boleh lihat pada TRANS REVO 4X FULLY SYNTHETIC ACEA A3/B4, SAE 5W-40, API SN/CF yang merupakan produk BHPetrol. Ia telah diformulasikan untuk memastikan enjin berkuasa diesel berfungsi dengan baik. TRANS REVO memenuhi atau melangkaui spesifikasi antarabangsa untuk BMW Longlife-01.

Harga jualan untuk BMW 320d terpakai buatan tahun 2009 bermula dari RM38,500 hingga RM56,500 sebelum tawar-menawar, manakala versi petrol pula dijual pada harga RM5,000 hingga RM8,000 lebih murah. Ini kerana tidak banyak pemilik BMW diesel yang ingin melepaskan kereta mereka kerana penyaluran kuasa dan sifat pemanduan yang menyeronokkan.

KELEBIHAN TRANS REVO 4X:

  • Memanjangkan jangka hayat enjin
  • Diformulasikan untuk kawalan kelikatan yang optimum
  • Direka untuk ketahanan haus
  • Menggalakkan perlindungan ketika enjin dihidupkan pada suhu rendah
  • Menawarkan jangka hayat lebih panjang dan penyelenggaraan yang berkurangan

Trans Revo 4X boleh didapati dalam pek 7 liter dan 1 liter.

Spesifikasi BMW 320d Sport

  • Enjin: empat silinder sebaris, turbo-diesel
  • Kuasa: 177 hp @ 4,000 rpm
  • Tork: 350 Nm @ 1,750-3,000 rpm
  • Kapasiti: 1,995 cc
  • Transmisi: Automatik enam kelajuan
  • 0-100 km/j: 8.0 saat
  • Kelajuan maksimum: 228 km/j
Previous post

Toyota GR Supra Dengan Kit Badan Lebar Varis

Next post

Honda Malaysia Lancar Koleksi Edisi Terhad 'One Million Dreams'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *