GoCar Tingkat Perkhidmatan Perjalanan Sehala
GoCar hari ini mengumumkan perkhidmatan baharu yang menawarkan lebih banyak penjimatan serta kemudahan kepada pelanggan.
Bagi memenuhi keperluan serta menyediakan alternatif yang lebih mampu milik dan praktikal, GoCar dengan kerjasama Flexi Parking dan Smart Selangor Parking memperkenalkan pengembangan perjalanan satu hala dari Petaling Jaya dan Subang Jaya ke kebanyakan lokasi di Selangor (kecuali Kuala Langat dan Kuala Selangor).
Sebagai tambahan, GoCar kini menawarkan perjalanan pergi balik dalam tempoh lebih lama ke atas beberapa model terpilih dengan kadar serendah RM55 sehari.
Dengan pengembangan liputan ini, pelanggan boleh menikmati manfaat perjalanan satu hala GoCar yang merangkumi:
- Bayar apa yang anda guna. Dengan kadar serendah RM0.17 seminit, perjalanan satu hala lebih ideal untuk pemanduan jarak dekat seperti pergi ke supermarket. Untuk membuatkan harga semakin mampu milik, GoCar telah menetapkan harga siling harian untuk penggunaan lebih 10 jam sehari. Bagi memberi lebih perlindungan, kadar itu juga termasuk pakej Collision Damage Waiver Lite jika berlaku perkara yang tidak diingini.
- Tiada halangan. Pengguna tidak perlu membuat sebarang tempahan awal dan tiada had perbatuan. Pelanggan hanya perlu mengaktifkan aplikasi GoCar untuk mencari kenderaan terdekat dan mereka boleh memandunya selama yang diperlukan.
- Letak kereta GoCar di mana-mana sahaja. Tempahan perjalanan satu hala membolehkan pengguna mengambil kenderaan dari lokasi GoCar yang diingini dan memulangkannya di tempat lain pilihan mereka.
- Parkir percuma. Hasil kerjasama strategik GoCar dengan Smart Selangor Parking dan Flexi Parking, pelanggan kini boleh parkir di mana-mana kotak parkir di tepi jalan secara percuma, sama ada ketika mereka menggunakan kereta tersebut atau selepas memulangkannya.
Selain itu, GoCar turut menawarkan lebih penjimatan untuk pelanggan yang membuat tempahan perjalanan dua hala bagi tempoh 3 hari dan ke atas menerusi aplikasinya.
Berikut adalah harga-harga untuk model yang terlibat:
Kadar tempahan / hari | 3 – 6 hari | 7 – 13 hari | 14 – 29 hari | 30 hari & ke atas |
Nissan Almera | RM68 | RM66 | RM62 | RM55 |
Renault Captur | RM114 | RM106 | RM92 | RM75 |
Nissan Serena | RM262 | RM252 | RM242 | RM215 |
Nissan Teana | RM262 | RM252 | RM242 | RM215 |
No Comment