Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Dapat Ciri-Ciri Baharu
Selain memperkenalkan Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ sebagai pengganti model Edition 1, Mercedes-Benz Malaysia turut mengumumkan naik taraf untuk Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé bagi tahun 2021.
Rekaan luaran dan dalaman tidak berubah, namun coupe empat pintu itu kini dilengkapi dengan paparan ‘head-up’ yang bertindak memaparkan maklumat penting pada cermin penghadang angin. Bukan itu sahaja, ciri keselamatan model itu turut dipertingkatkan menerusi beg udara sisi pada bahagian belakang.
Dengan penambahan ciri-ciri ini, harga CLA 45 S meningkat dari RM448,888 semasa ia dilancarkan buat pertama kali pada Jun tahun lalu kepada RM453,374 (harga atas jalan tanpa insurans).
Seperti sebelum ini, model ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 421 hp pada 6,750 rpm dan 500 Nm dari 5,000 hingga 5,250 rpm. Dengan transmisi klac berkembar AMG Speedshift lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MATIC+, ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.0 saat (0.1 saat lebih perlahan berbanding A 45 S) dan mampu mencapai kelajuan maksimum 270 km/j.
Berikut adalah spesifikasi lengkap CLA 45 S 4MATIC+ Coupé:
Transmission & Technology |
2.0 L 4 Turbocharged Petrol Engine AMG DYNAMIC SELECT AMG RIDE CONTROL suspension AMG SPEEDSHIFT DCT 8G |
Exterior Features |
48.3 cm (19-inch) AMG cross-spoke forged wheels AMG Bodystyling Electrically folding and adjustable exterior mirror Red painted brake callipers |
Comfort & Interior Features |
Ambient lighting AMG door sill panels with »AMG« lettering, illuminated AMG floor mats AMG Performance seats AMG Performance steering wheel in nappa leather / DINAMICA microfiber AMG steering wheel buttons Aluminium AMG design trim elements in black/silver designo seat belts in red Double cup holder Electric adjustable front seats with memory function Folding rear seat backrests MULTIBEAM LED THERMOTRONIC automatic climate control |
Safety & Assistance Package |
Active Parking Assist with PARKTRONIC AMG Track Pace 360° camera Anti-theft alarm system Driving assistant package HANDS-FREE ACCESSKEYLESS-GO Kneebag TIREFIT Tyre pressure monitoring system Side airbags at rear |
Multimedia System |
All-digital instrument display Android Auto Apple CarPlay Burmester® surround sound system Communications module (LTE) for the use of Mercedes me connect services Hard-disc navigation Head-up Display MBUX multimedia system Mercedes-Benz emergency call system Smartphone integration Touchpad without Controller Wireless charging system for mobile devices |
No Comment