Perodua: Hanya Berurusan Dengan Penasihat Jualan Yang Sah Untuk Elak Penipuan
Perodua menggesa para pelanggannya yang sedia ada dan pelanggan baharu untuk hanya berurusan dengan penasihat jualannya yang sah agar tidak terpedaya dengan penipuan yang muncul terutama sekali selepas pelancaran Ativa pada 3hb Mac lalu.
“Kami telah menemui sekurang-kurangnya dua tawaran rebat palsu dalam talian bagi Perodua Ativa yang baru dilancarkan. Perodua dan cawangan-cawangan kami di seluruh negara tidak pernah dan tidak akan mengadakan sebarang promosi rebat tunai selepas memperkenalkan model baharu kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Menurut Dato’ Zainal, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah mendakwa diri mereka sebagai penasihat jualan Perodua dan memperdaya mangsa untuk memasukkan wang pendahuluan pembelian kereta baharu mereka ke dalam akaun bank peribadi.
Untuk melindungi para pelanggan yang sedia ada dan pelanggan baharu, Perodua telah memberikan panduan dalam membuat pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:
Sila | Hindari |
Sila hubungi atau kunjungi Pusat Jualan Perodua yang sah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami, atau layari www.perodua.com.my atau mana-mana halaman media sosial rasmi kami di Facebook dan Instagram. | Jangan segera menerima tawaran, samada dalam talian atau cetak, tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform dalam talian rasmi kami di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram. |
Sila layari laman web rasmi kami di www.perodua.com.my untuk mendapatkan senarai terkini dan tepat cawangan-cawangan jualan dan servis kami di seluruh negara beserta maklumat untuk dihubungi. | Jangan berikan maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah. |
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau kemukakan pertanyaan anda di https://www.perodua.com.my/contact-us.html , sekiranya ada individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil jualan atau servis Perodua dan meminta anda membuat bayaran ke akaun peribadi mereka. | Jangan membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja. |
No Comment