Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Menjana Keuntungan Dengan Scania Lebih Mampu Milik Daripada Disangka

Mulai dengan harga atas jalan serendah RM6,888 hingga RM11,118 sebulan, anda boleh memiliki sebuah ‘New Truck Generation’ dari Scania untuk lima penggunaan yang berbeza.

Scania G 360 4x2, shipping container transport.
Scania G 360 4×2, shipping container transport.

Menjana keuntungan dengan Scania adalah lebih mampu milik daripada yang disangka oleh ramai orang. Bersempena
sambutan 50 tahun pertama (F50Y) di Malaysia, Scania akan melancarkan promosi amat menarik untuk trak yang dipesan dan dihantar antara Januari hingga Disember 2021. Perkhidmatan kewangan adalah tertakluk kepada kelulusan kredit, serta terma dan syarat.

Harga atas jalan yang bermula dari RM9,888 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan dengan kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan (Repair & Maintenance) adalah untuk pengangkutan kontena Scania. Khusus untuk kargo am, pengangkutan pukal dan pengangkutan tanker, kontrak ini disertakan dengan insurans dan cukai jalan termasuk perkhidmatan Penyelenggaraan (Maintenance) selama 5 tahun. Ketiga-tiga jenis pengangkutan ini sangat sesuai untuk penghantaran muatan berat jarak jauh.

Scania R 500 4x2 Highline, general cargo transport
General cargo long haul and heavy load deliveries.

Harga atas jalan yang bermula dari RM11,118 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan serta perkhidmatan Penyelenggaraan selama 5 tahun adalah untuk Scania XT Tipper. Trak jongket (tipper) ini sesuai digunakan dalam persekitaran lasak dan dapat menyelesaikan kerja dengan mudah.

Akhir sekali, harga atas jalan yang bermula dari RM6,888 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan serta perkhidmatan Penyelenggaraan selama 2 tahun adalah untuk trak kejur (rigid) berbadan kotak Scania. Reka bentuk trak ini amat sesuai untuk penghantaran dari pintu ke pintu dalam persekitaran bandar.

Bagi mereka yang layak, Scania Credit dapat menyediakan sewa beli yang sesuai bagi memenuhi kemampuan pelanggan. Sebilangan besar pelanggan sedia ada kami dapat membuktikan bahawa mereka memperoleh pulangan pelaburan yang baik.

Rigid-boxed-body-designed-for-door-to-door-deliveries-in-an-urban-setting.jpg
A new urban generation Waste handling, recycling and cleaning.

Trak Scania terkenal dengan penjimatan bahan api yang terunggul, serta keselamatan dan kebolehpercayaan dalam pelbagai penggunaan. Ia juga direka untuk memberi kecekapan dalam keseluruhan kos operasi selain meningkatkan keuntungan perniagaan. Melalui kerjasama Scania Ecolution, para pengendali juga dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) dalam usaha memainkan peranan mereka untuk alam sekitar.

“Scania akan terus menerajui peralihan ke arah sistem pengangkutan mampan melalui langganan penyelesaiannya yang menyeluruh. Semua ini telah membantu pelanggan kami mencapai matlamat memaksimumkan keuntungan sambil meminimumkan jejak karbon mereka,” kata Daniel Tan, Pengarah Jualan Scania Southeast Asia.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web kami dan ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mengetahui semua tawaran F50Y serta Terma & Syarat berkenaan. Hubungi wakil jualan kami di 603-7845 1000 atau hantar e-mel ke smyenquiries@scania.com untuk mengetahui bagaimana penyelesaian pengangkutan lestari Scania dapat membantu perniagaan anda mencapai keuntungan yang terbaik.

Scania R 530 XT V8 6x4, tipper
XT Tipper for tough conditions but getting the job done effortlessly

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Previous post

BHPetrol Menjangka Ketibaan Vaksin Akan Meningkatkan Penggunaan Petrol

Next post

Facelift Volvo XC60 Dedahkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *