Sukan

Toyota Gazoo Racing Festival Musim ke-4 Catat 2 Juta Tontonan

Setelah sekian lama ditangguhkan akibat COVID-19 yang tidak reda-reda, musim ke-4 Festival Toyota Gazoo Racing akhirnya membuka tirainya di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu lalu. Walaupun diadakan secara tertutup, festival sukan permotoran itu menerima sambutan hangat di atas talian dengan jumlah tontonan melebihi dua juta sepanjang dua hari ia berlangsung.

Saingan Vios Challenge kali ini membabitkan empat kelas perlumbaan iaitu Super Sporting, Sporting, Rookie dan Promotional. Rookie merupakan kelas baharu yang yang menampilkan enam graduan dari Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing. Mereka adalah Mika Hakimi (17), Naquib Azlan (20), Amer Harris (17), Jwan Hii (18), Putera Adam (14), dan Troy Eimann (16).

Sementara itu, kelas Promotional yang melibatkan selebriti tempatan pula menampilkan tiga wajah baharu iaitu pelawak Zizan Razak, penyanyi Talitha Tan dan personaliti televisyen Ahirene Ahirudin. Mereka akan menyertai Shukri Yahya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Khai Bahar.

Berikut adalah keputusan perlumbaan kedua Pusingan 1:

Super Sporting

1. Tengku Djan Ley
2. Boy Wong
3. Mark Darwin

Sporting

1. Haji Sutan Mustaffa Salihin
2. Eric Yong
3. Adam Khalid

Rookie

1. Naquib Azlan
2. Jwan Hii
3. Amer Harris

Promotional

1. Zizan Razak
2. Khai Bahar
3. Ahirene Ahirudin

Previous post

Alpina B8 Gran Coupe - 620 PS, 800 Nm

Next post

Rolls-Royce Ghost Dilancarkan Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *