Ferrari F8 Tributo Ditransformasi Menjadi Mansory F8XX
Kebanyakan pemilik Ferrari F8 Tributo pastinya akan sangat berpuas hati dengan rekaannya yang mengagumkan serta tahap prestasinya. Bagaimanapun, pasti ada segelintir yang ingin menaik taraf lagi jentera mereka – di sinilah Mansory memainkan peranan.
Hasil tangan terbaru Mansory iaitu F8XX adalah contoh terbaik apa yang syarikat talaan dari Jerman itu boleh lakukan pada F8 Tributo. Berikut adalah antara modifikasi yang telah dilakukan:
Luaran
- Warna hijau Catania Green
- Apron depan dan belakang, skirt sisi dan spoiler L yang diperbuat daripada karbon tempaan
- Rim tempaan YT.5 berukuran 21 inci di depan dan 22 inci di belakang denga tayar berprestasi tinggi berukuran 255/30 ZR21 (VA) dan 335/25 ZR22 (HA)
- komponen suspensi
Dalaman
- Upholsteri kulit kuning air (beige)
- Trim karbon
- Stereng Mansory dengan balutan kulit
- Karpet Mansory
- Sulaman logo Mansory
Dari segi prestasi, modifikasi yang meluas pada sistem pengurusan dan ekzos enjin 3.9-liter twin-turbo V8 menghasilkan peningkatan kuasa yang signifikan iaitu dari 720 hp dan 770 Nm kepada 880 hp dan 960 Nm.
Menurut Mansory, F8XX mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 2.6 saat, 0.3 saat lebih pantas berbanding F8 Tributo, sebelum mencapai kelajuan maksimum 354 km/j.
No Comment