Honda Malaysia Panggil Semula 77,708 Unit Kenderaan Ganti Pam Bahan Api
Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula ke atas 77,708 unit kenderaan Honda bagi menggantikan pam bahan api sebagai langkah pencegahan.
Berikut adalah model-model yang terlibat:
Dalam satu kenyataan, Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan menegaskan bahawa model jualan semasa tidak terlibat dengan panggilan semula terbaharu ini.
Syarikat itu yakin bahawa panggilan semula ini adalah perlu sebagai langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan berlaku masalah seperti enjin susah dihidupkan, kemerosotan kuasa enjin atau enjin mati secara tiba-tiba.
Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan yang mengandungi perincian mengenai panggilan semula ini. Pelanggan juga boleh memeriksa status kenderaan menerusi aplikasi HondaTouch atau dengan menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau dengan melayari laman web www.honda.com.my / productrecall.honda.com.my.
Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terlibat untuk menghubungi mana-mana wakil pengedar Honda untuk membuat janji temu. Penggantian pam bahan api adalah percuma dan semua kos yang melibatkan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Tambah syarikat itu lagi, stok alat ganti akan tersedia secara berperingkat.
Setakat ini, tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan yang berlaku akibat isu ini dilaporkan di Malaysia.
No Comment