Nissan Navara Facelift Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – 6 Varian, Harga Dari RM94k
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mengumumkan secara rasmi harga Nissan Navara facelift yang ditawarkan dalam enam varian berbeza.
Berikut adalah harga bagi setiap varian:
- PRO-4X Auto: RM142,200
- VL Auto: RM137,900
- V Auto: RM125,500
- SE Auto: RM116,900
- SE Manual: RM110,900
- Single Cab Manual: RM93,900
Setiap varian didatangkan dengan waranti selama lima tahun dengan had perbatuan 150,000 km. ETCM turut menawarkan Promosi Pembiayaan Flexi seperti berikut:
- PRO-4X Auto: bermula RM1,200 sebulan
- VL Auto: bermula RM1,160 sebulan
- V Auto: bermula RM1,040 sebulan
- SE Auto: bermula RM950 sebulan
- SE Manual: bermula RM900 sebulan
- Single Cab Manual: bermula RM670 sebulan
Semua varian automatik iaitu PRO-4X Auto, VL Auto, V Auto dan SE Auto dikuasakan oleh enjin turbodiesel YD25 2.5-liter empat silinder DOHC yang menghasilkan 190 PS pada 3,600 rpm dan 450 Nm pada 2,000 rpm.
Sementara itu, varian-varian manual iaitu SE Manual dan Single Cab Manual tampil dengan enjin yang sama, namun dengan output yang lebih rendah iaitu 163 PS pada 3,600 rpm dan 403 Nm pada 2,000 rpm.
Kecuali Single Cab, semua varian Navara dilengkapi dengan suspensi belakang jenis ‘multilink’ dengan Dual-Rate Coil Springs yang berfungsi mengurangkan pergerakan badan.
Sistem Electronic Locking Rear Differential baharu pula mengunci kedua-dua roda belakang untuk membolehkannya berpusing pada kelajuan yang sama jika tersekat di laluan berpasir, berlumpur dan permukaan jalan yang mencabar.
Selain itu, Tailgate Assist menjadikan pintu kargo belakang lebih ringan untuk dibuka dan ditutup, manakala pemijak bampar belakang memberikan akses mudah ke ruang kargo belakang.
Ciri keselamatan pula terdiri daripada Vehicle Dynamic Control, Traction Control, Active Brake Limited Slip Differential, Hill Start Assist, Hill Descent Control, Anti-Lock Braking System, Electronic Brake Distribution dan Brake Assist. Varian PRO-4X Auto, VL Auto dan V Auto mendapat ciri tambahan dalam bentuk Nissan Intelligent Mobility.
Nissan turut menawarkan pelbagai aksesori eksklusif yang dibahagikan kepada empat pakej iaitu:
Pakej Protection @ RM10,950 untuk PRO-4X Auto/VL Auto
- Bar sport hitam (PRO-4X Auto sahaja) atau Bar sport krom (VL Auto)
- Pelindung ‘oil sump’
- Pelindung tangki bahan api
- ‘Kick plate’ keluli tahan karat
- Visor pintu
- Perakam video memandu (DVR)
- Filem keselamatan V-Kool
Pakej Premium @ RM10,150 untuk V Auto
- Bar sport krom
- Kerusi kombinasi kulit
- Filem keselamatan V-Kool
Pakej Premium @ RM10,150 untuk SE Auto/Manual
- Bar sport krom
- Paparan audio 9 inci dengan sistem infohibur dan kamera undur
- Filem keselamatan V-Kool
Pakej Under Protector @ RM3,200 untuk Single Cab Manual
- Pelindung ‘oil sump’
- Pelindung tangki bahan api
- Pemijak sisi
No Comment