Penjimatan 20% Untuk Alat Ganti Ford Hingga 31 Mei
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan promosi servis bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021 bersempena musim perayaan yang bakal menjelang.
Apabila pelanggan membuat janji temu servis kenderaan semasa tempoh ini, mereka dapat menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan minyak enjin terpilih.
Untuk lebih penjimatan, pelanggan boleh menikmati potongan 20 peratus untuk pakej brek dan tali sawat pemasaan, potongan sehingga 20 peratus untuk pakej minyak pelincir, tambahan pula potongan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej-pakej yang disebutkan.
Selain itu, SDAC turut menawarkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang bertauliah untuk ketenangan minda pelanggan.
Pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM350 dalam satu resit akan mendapat satu mug eksklusif, manakala pelanggan yang menghantar kenderaan untuk servis akan menerima sampul hijau.
SDAC memberi jaminan bahawa hanya alat ganti pengeluar peralatan asli (OEM) digunakan apabila melakukan servis kenderaan di mana-mana 39 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara. Kesemua alat ganti tulen Ford memiliki waranti untuk tempoh 12 bulan atau 20,000 km, yang mana terdahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.
Demi lebih kemudahan, pelanggan boleh menempah janji temu servis secara dalam talian melalui laman web Ford, bila-bila masa dan di mana jua.
Pelanggan juga boleh membuat janji temu e-Servis dalam masa nyata di tujuh Pusat Servis berdaftar Ford di seluruh negara – iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau.
Selain itu, pelanggan juga boleh terus menghubungi Pusat Servis Ford atau hubungi Customer Care Hotline di talian 1300 38 3181.
No Comment