Nikmati Rebat Tunai Sehingga RM30k Dengan Pembelian Subaru Forester
TC Subaru, pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia, telah mengumumkan pakej promosi istimewa untuk Forester, di mana pelanggan yang membeli model itu akan menerima rebat bernilai sehingga RM30,000.
Dilancarkan pada 2019, Forester ditawarkan pada harga bermula RM159,788 dan boleh didapati dalam enam varian seperti berikut:
- Forester 2.0i-L GT Lite Edition
- Forester 2.0i-S
- Forester 2.0i-S GT Lite Edition
- Forester 2.0i-S Eyesight
- Forester 2.0i-S Eyesight GT Lite Edition
- Forester 2.0i-S Eyesight GT Edition
Pelanggan yang membeli Forester baharu boleh menukar beli (trade-in) kenderaan lama mereka menerusi program Special Trade-in Assist TC Subaru untuk mendapatkan lebih nilai.
Pakej promosi ini hanya ditawarkan untuk model tahun tertentu dengan pilihan warna yang terhad. Setiap unit Forester baharu didatangkan dengan jaminan komprehensif selama lima tahun.
Pelanggan yang ingin memandu uji kenderaan Subaru tetapi tidak mahu mengunjungi bilik pameran boleh memanfaatkan inisiatif ‘Pandu Uji di Rumah’ yang disediakan oleh TC Subaru. Pelanggan hanya perlu menghubungi bilik pameran Subaru yang terdekat dan membuat janji temu dengan perunding jualan. Kenderaan kemudiannya akan dihantar ke rumah atau lokasi pilihan pelanggan.
No Comment