Bisnes

Proton Saga Masuk Pasaran Pakistan

Proton menambah pasaran antarabangsa dalam portfolio Saga dengan kemunculan sulung model itu di Pakistan awal bulan ini. Dengan pelancaran ini, Saga kini terdapat di lapan pasaran antarabangsa iaitu Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius, Nepal dan Pakistan.

Barisan Saga di pasaran Pakistan terdiri daripada tiga jenis, Saga MT, Saga AT dan Saga Ace AT. Selain itu, 100 unit Saga R3 Edisi Terhad juga ditawarkan dengan pilihan transmisi MT atau AT. Saga merupakan model kedua Proton yang ditawarkan di negara berkenaan selepas X70 pada Disember tahun lalu.

Pelancaran produk telah diadakan secara dalam talian dan dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim. Dalam ucapan semasa pelancaran, Pesuruhjaya Tinggi berharap agar operasi Proton di Pakistan akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Malaysia dan Pakistan.

Semua kenderaan Proton dibekalkan dari Malaysia sebagai unit CBU tetapi rakan kongsi syarikat, Al-Haj Automotive, akan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang barunya di Karachi pada suka ketiga 2021. Dengan kapasiti yang dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun, kilang ini mampu meningkatkan jualan Proton di negara ini dengan cepat.

Hilal Khan Afridi, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, yakin bahawa pelanggan Pakistan akan berminat dengan jenama Proton dan produknya. “Saya berterima kasih kepada warga Pakistan kerana menjayakan Proton Saga di negara ini dengan serta-merta. Kereta ini pasti menonjol kerana kebolehpercayaan, ketahanan dan nilai berbaloi dengan harga.”

Menjelang suku tahun kedua tahun 2021, Proton berusaha meningkatkan kehadiran pasaran antarabangsa untuk mencapai matlamat jangka panjangnya. Selain Saga, X70 dan X50 juga dieksport untuk mewujudkan rangkaian kenderaan pintar syarikat di luar negara.

Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawa Eksekutif, Proton Edar, syarikat itu akan meningkatkan usaha untuk memasuki kembali pasaran besar ASEAN seperti Thailand dan Indonesia pada tahun ini.

Previous post

Honda Malaysia Lantik Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Pertama

Next post

Sime Darby Auto Selection Perkenal Program Lanjutan Waranti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *