Berita Auto

Range Rover SVAutobiography Kini Terdapat Dalam Edisi Ultimate

Range Rover SVAutobiography adalah SUV yang sememangnya sudah cukup mewah namun edisi Ultimate yang diperkenalkan ini bakal membawa statusnya ke tahap yang lebih tinggi dengan ciri-ciri SV Bespoke buatan tangan.

BHPetrol_Euro5 Diesel_Web Banner_BM_GoHedGostan

Boleh didapati dalam versi ‘long-wheelbase’ dan SVAutobiography Dynamic, edisi Ultimate ini tampil lebih menonjol berbanding versi standard dengan cat satin Orchard Green yang dikontraskan dengan bumbung Narvik Black dan perincian berwarna gangsa.

Selain itu, anda juga akan menemui lencana logam Range Rover dengan perincian gangsa pada bahagian bonet dan tailgate, serta roundel SV pada tiang B.

Tema ini diteruskan pada bahagian dalaman dengan sulaman roundel SV pada keempat-empat perehat kepala, treadplate edisi Ultimate yang bercahaya dan plak ‘SV Bespoke Ultimate Edition’ pada konsol tengah berdekatan dengan tombol gear.

Selain penambahan kosmetik ini, SVAutobiography turut mendapat ciri penutupan kuasa pada pintu belakang serta beberapa ciri tambahan lain yang menjadikan ruang penumpang belakang lebih mewah iaitu tempat duduk Executive Class Comfort-Plus yang boleh dibaringkan, konsol tengah penuh dengan jam Zenith, kompartmen sejuk dan meja yang boleh dilipat.

Sementara itu, SVAutobiography Dynamic pula menerima penambahbaikan prestasi dalam bentuk talaan pada stereng dan geomteri suspensi dan sistem suspensi yang lebih rendah sebanyak 8 mm. Ia dikuasakan oleh enjin supercharged 5.0-liter V8 yang menghasilkan 565 PS.

Bagi pasaran UK, SV Autobiography edisi Ultimate ditawarkan pada harga £183,706 (RM1.05 juta) manakala versi SVAutobiography Dynamic pula berharga £147,441 (RM844,232).

Previous post

Hyundai Santa Cruz Akan Dilancarkan Pada 15 April

Next post

Sprinter Petronas Edition - Trak Tunda Penuh Gaya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *