Sime Darby Motors City Dibuka Dengan Rasminya Di Ara Damansara
Sime Darby Motors menorak langkah sebagai salah satu peneraju industri automotif di Asia Pasifik dengan hab pelbagai jenama yang mengagumkan.
Sime Darby Motors secara rasmi telah membuka pintu ke kompleks automotif mereka sendiri yang dijuluki Sime Darby Motors City. Kemudahan baru ini meliputi kawasan seluas 8.6 ekar dengan keluasan keseluruhan 1.3 juta kaki persegi dengan lapan tingkat, menjadikannya yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Kesemua sepuluh jenama utama yang diwakili oleh Sime Darby Motors iaitu BMW, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, MINI, Motorrad, Porsche, Volvo serta bahagian milik syarikat Sime Darby Auto Selection ditempatkan di enam pusat yang terletak di dalam kompleks .
Berikut adalah beberapa sorotan hab automotif Sime Darby yang baharu dilancarkan:
- hampir 200 petak servis
- hampir 700 petak parkir dan tapak caj EV
- kawasan parkir bagi kenderaan SOCAR
- 60 orang juruteknik Auto Bavaria untuk BMW, MINI dan Motorrad
- lebih daripada 110 juruteknik bertauliah secara keseluruhannya termasuk juruteknik-juruteknik yang mempunyai kelayakan tertinggi daripada jenama terkemuka termasuk Zertifizierter Porsche Techniker Gold Certification
- Ford, Hyundai, Jaguar dan Land Rover juga mempunyai pensijilannya dan kelayakan latihan tertingginya dikenali sebagai Master Technicians.
Pusat Automotif Sime Darby Malaysia menggunakan teknologi Internet Benda (IoT) termasuk:
- sistem Pengurusan Pengesanan Kenderaan
- kamera Pengecaman Nombor Plet Automatik
- pendaftaran kendiri tanpa sentuhan menggunakan sistem QR code.
Signing ceremony at the official launch of Sime Darby Motors City. (From L-R) Dato’ Jeffri Salim Davidson, Group Chief Executive Officer, Sime Darby Berhad; Jeffrey Gan, Managing Director, Retail & Distribution – Malaysia, Sime Darby Motors Sime Darby Motors Malaysia Managing Directors and Dealer Principal – Lineup of Sime Darby Motors Malaysia Stable of Brands (From L-R) Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Managing Director, Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd.; Low Yuan Lung, Managing Director, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.; Vi Thim Juan, Managing Director, Sime Darby Auto Bavaria Sdn. Bhd. and Sime Darby Auto Selection Sdn. Bhd.; Jeffrey Gan, Managing Director, Retail & Distribution – Malaysia, Sime Darby Motors; Christopher Hunter, Chief Executive Officer, Sime Darby Auto Performance Sdn. Bhd.; Jeremy Cheong, Dealer Principal, Sime Darby Swedish Auto Sdn. Bhd. Sime Darby Motors Malaysia Managing Directors and Dealer Principal at the official launch of Sime Darby Motors City. (From L-R) Vi Thim Juan, Managing Director, Sime Darby Auto Bavaria Sdn. Bhd. and Sime Darby Auto Selection Sdn. Bhd.; Low Yuan Lung, Managing Director, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.; Dato’ Jeffri Salim Davidson, Group Chief Executive Officer, Sime Darby Berhad; Jeffrey Gan, Managing Director, Retail & Distribution – Malaysia, Sime Darby Motors; Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Managing Director, Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd.; Christopher Hunter, Chief Executive Officer, Sime Darby Auto Performance Sdn. Bhd. Sime Darby Motors Malaysia Managing Directors and Dealer Principal infront of the largest automotive centre in Southeast Asia, Sime Darby Motors City (From L-R) Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Managing Director, Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd.; Low Yuan Lung, Managing Director, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.; Vi Thim Juan, Managing Director, Sime Darby Auto Bavaria Sdn. Bhd. and Sime Darby Auto Selection Sdn. Bhd.; Jeffrey Gan, Managing Director, Retail & Distribution – Malaysia, Sime Darby Motors; Christopher Hunter, Chief Executive Officer, Sime Darby Auto Performance Sdn. Bhd.; Jeremy Cheong, Dealer Principal, Sime Darby Swedish Auto Sdn. Bhd.
Sime Darby Motors City beralamat No.6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
SIARAN MEDIA SIME DARBY
Sime Darby Motors mengorak langkah lebih jauh dengan pelancaran rasmi fasiliti automotif, Pusat Automotif Sime Darby (Sime Darby Motors City). Fasiliti ini terletak di dalam perbandaran Ara Damansara di Lembah Kelang dan disasarkan untuk menjadi pusat automotif terunggul di Malaysia.
Dikatakan sebagai kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara dengan ruang-ruang pameran terbesar untuk jenama-jenama kenderaan terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara, Pusat Automotif Sime Darby ini mempunyai bangunan lapan tingkat dengan luas keseluruhan 1.3 juta kaki persegi yang dibangunkan di atas tapak seluas 8.6 ekar.
Kompleks ini menempatkan enam pusat jualan utama yang menampilkan sepuluh jenama perdana di Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Motors. Jenama-jenama tersebut terdiri daripada BMW, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, MINI, Motorrad, Porsche dan Volvo. Ia juga mempunyai fasiliti di dalam bangunan yang mampu menyimpan hampir 100 unit kenderaan terpakai, khusus untuk Sime Darby Auto Selection.
Fasiliti yang menyepadukan teknologi terkini bagi mempertingkatkan pengalaman para pelanggan di segenap ruang ini mampu memuatkan hampir 200 petak servis, lebih kurang 700 petak parkir untuk pelanggan dan petak mengecas kenderaan elektrik (EV) dan mampu mempamerkan lebih 180 unit kenderaan.
Fasiliti ini dimantapkan lagi dengan adanya hampir 60 orang juruteknik Auto Bavaria untuk BMW, MINI dan Motorrad dan lebih daripada 110 juruteknik bertauliah secara keseluruhannya. Ini termasuk juruteknik-juruteknik yang mempunyai kelayakan tertinggi daripada jenama terkemuka termasuk Zertifizierter Porsche Techniker Gold Certification, di mana kelayakan ini diselaraskan untuk para juruteknik Porsche seluruh dunia. Jenama seperti Ford, Hyundai, Jaguar dan Land Rover juga mempunyai pensijilannya dan kelayakan latihan tertingginya dikenali sebagai Master Technicians.
“Sebagai salah satu pemain utama dalam industri automotif, Sime Darby Motors sentiasa komited untuk mengejar kecemerlangan di mana kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan kami. Pelancaran Pusat Automotif Sime Darby merupakan bukti terhadap komitmen kami yang teguh,” kata Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors.
Pendigitalan untuk Pengalaman Pelanggan Yang Tiada Bandingan
Pusat Automotif Sime Darby Malaysia merupakan fasiliti automotif pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Internet Benda (IoT) yang mampu meningkatkan keupayaan servis, dan menggalakkan peningkatan Sime Darby Motors dengan menambah kecekapan dalam memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan.
Tumpuan infrastruktur digital di fasiliti ini ialah sistem Pengurusan Pengesanan Kenderaan yang menggunakan kamera untuk panduan parkir dan penunjuk-penunjuk tersuai bagi memastikan panduan, keselamatan dan keselesaan yang terbaik untuk para pelanggan. Ini membolehkan pengambilan kenderaan selepas selesai servis lebih lancar. Infrastuktur digital fasiliti ini juga menyatakan status setiap kenderaan dalam masa nyata bagi memastikan lebih kecekapan dicapai.
Kamera Pengecaman Nombor Plet Automatik yang dikuasakan secara IoT turut disepadukan dalam sistem daftar kendiri tanpa sentuhan, membolehkan maklumat janji temu para pelanggan terus diakses sebaik sahaja mereka tiba. Serentak dengan itu, perunding servis akan diberitahu dan kemudiannya akan ditugaskan secara automatik untuk mengendalikan pelanggan tersebut dalam satu proses yang lancar. Aturan teknologi ini akan dilaksanakan secara progresif di seluruh Pusat Automotif Sime Darby.
Apabila berada di ruang pameran, para pelanggan boleh memilih untuk membuat daftar kendiri tanpa sentuhan menggunakan sistem QR code. Seterusnya ia akan menempatkan pelanggan menurut giliran menunggunya secara automatik tanpa perlu proses-proses remeh seperti mengambil tiket nombor giliran. Sistem daftar masuk ini akan diperkenalkan di kesemua ruang pameran yang berada di Pusat Automotif Sime Darby.
Bagi memantapkan lagi pengalaman pelanggan dari segi khidmat selepas jualan, Sime Darby Motors turut mendigitalkan cabang ini untuk wakil-wakil penjualnya. Ini termasuk memperkenalkan aplikasi mudah alih yang membolehkan wakil-wakil jualan berhubung dan memberikan data masa nyata kepada para pelanggan pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Melalui aplikasi mudah alih ini, mereka boleh mengisi dan mencetak borang-borang permohonan secara wayarles, dan ini memudahkan proses serta mengurangkan masa menunggu.
Pengembangan dan Komitmen terhadap Perkongsian Jangka Panjang
Sebagai sebuah pusat pameran jenama-jenama automatif mewah dan lazim, Pusat Automotif Sime Darby mencerminkan komitmen Sime Darby Motors sebagai rakan perniagaan terpilih oleh jenama-jenama automotif di Asia Pasifik.
Fasiliti ini turut menempatkan Sime Darby Swedish Auto, rakan perniagaan Sime Darby Motors yang terbaharu dalam mengunggulkan jenama Volvo Cars di Malaysia. Ruang pameran Volvo di Pusat Automotif Sime Darby adalah ruang pameran 3S pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi dengan Studio Realiti Maya.
Sime Darby Motors amat berbangga dengan kerjasama sekian lama dengan pelbagai jenama terkemuka. Contohnya jalinan kerjasama selama 49 tahun bersama BMW dan juga hubungan yang sama selama 40 tahun dengan Ford serta Jaguar Land Rover.
“Kami begitu teruja untuk terus meneroka solusi perniagaan automotif baharu serta peluang berpotensi bersama rakan-rakan perniagaan kami. Melalui Pusat Automotif Sime Darby, kami komited untuk memainkan peranan penting dalam memajukan perkembangan sektor automotif di rantau ini di samping menyumbang terhadap kemajuan ekonomi Malaysia,” tambah Basham.
Pusat Automotif Sime Darby juga mengalu-alukan rakan perniagaan daripada kolaborasi mobiliti kami; SOCAR, iaitu rangkaian perkongsian kereta utama Malaysia, dan myTukar, platform perniagaan kenderaan terpakai secara dalam talian yang kian meningkat di Malaysia. Kompleks ini akan menyediakan kawasan parkir bagi kenderaan SOCAR – sesuai untuk pelanggan untuk menghantar kenderaan mereka untuk diservis, dan akan ada juga pusat pameran bagi kenderaan tukar-beli myTukar, kolaborasi bersama Sime Darby Auto Selection.
Kemampanan dan Kesediaan Masa Hadapan
Seraya dengan perkembangan industri automotif ke arah teknologi EV, Pusat Automotif Sime Darby telah direka agar bersedia untuk masa hadapan. Ia dilengkapi dengan juruteknik EV yang terlatih dan berkelayakan. Ruangan khusus bagi mengecas EV, penyimpanan dan penyelenggaraan disediakan di Auto Bavaria, Auto Hyundai, Auto Performance dan Swedish Auto.
Sime Darby Auto Performance turut mempelopori dimensi baharu dalam fasiliti mengecas EV dengan pengecas Arus Terus (DC) berprestasi tinggi yang pertama di Malaysia, yang telah mula beroperasi pada September 2020 di ruang pameran Porsche. Ia mampu menghasilkan cas maksimum 175 kWh dan berupaya untuk memberikan kadar cas-hampir-penuh (near-full charge) dalam masa 36 minit sahaja – sekurang-kurangnya lapan kali lebih pantas dari pengecas Arus Ulang-Alik (AC) pada kuasa maksimum 22kWh.
Selain itu, fasiliti ini dibina dengan kelayakan Green Building Index (GBI) untuk kelestarian persekitaran dan menggabungkan teknologi untuk memupuk budaya tanpa kertas dalam organisasi.
Tawaran Tiga-Hari sempena Pelancaran di Enam Ruang Pameran Utama
Sempena sambutan pelancaran, Pusat Automotif Sime Darby menganjurkan Pelancaran Hujung Minggu Mega (Grand Launch Weekend) yang akan berlangsung bermula 16 April hingga 18 April 2021 di enam ruang pameran utama. Para pelanggan yang berminat digalakkan untuk menempah janji temu, sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard COVID-19 bagi kawalan kumpulan dan penjarakan fizikal.
“Pusat Automotif Sime Darby sememangnya adalah hab sehenti yang lengkap bagi membantu para pelanggan menentukan kenderaan baharu mereka. Dari infrastruktur digital untuk meningkatkan kepuasan para pelanggan, sehingga juruteknik yang berkelayakan, ruang menunggu yang mewah dan petak parkir bertutup yang mencukupi. Para pelanggan yang datang pada hujung minggu ini nanti juga berpeluang merebut tawaran-tawaran menarik, di samping memanfaatkan pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir pada Jun 2021 ini,” kata Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Jualan Runcit dan Pengedaran Malaysia, Sime Darby Motors.
Pusat Automotif Sime Darby terletak di No.6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor, lebih kurang 7 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Untuk maklumat lanjut tentang Sime Darby Motors, layari www.simedarbymotors.com.
No Comment