Sukan

Toyota GR010 Hybrid Buat Kemunculan Sulung 1 Mei Ini

Selepas menjalani program ujian pra-musim yang intensif, Toyota GR010 Hybrid kini sedia untuk menunjukkan kehebatannya dalam kancah perlumbaan. Jentera itu akan membuat penampilan sulungnya pada 1 Mei ini di perlumbaan 6 Hours of Spa-Francorchamps di Belgium. Ia merupakan pembuka Kejohanan Endurance Dunia (WEC) FIA.

Untuk saingan tahun ini, juara bertahan LMP1 akan mengetengahkan pasukan yang sama. Juara dunia Mike Conway, Kamui Kobayashi dan Jose Maria Lopez akan berkongsi kereta nombor 7, manakala pemenang Le Mans tahun lalu iaitu Sebastien Buemi, Kazuki Nakajima dan Brendon Hartley akan memandu kereta nombor 8.

Walaupun telah menempuh ujian sejauh beribu kilometer di tiga buah litar berbeza sejak Oktober tahun lalui, GR010 Hybrid masih perlu melalui persiapan terakhir untuk perlumbaan di Spa menerusi sesi ujian rasmi Prologue yang akan diadakan di litar itu selama dua hari pada 26 dan 27 April.

Toyota GR010 Hybrid

Ini merupakan kali pertama GR010 Hybrid akan berada di litar bersama-sama dengan pesaingnya, sekaligus memberikan peluang kepada pasukan untuk menilai sejauh mana kemampuan sebenar jentera baharu itu. Sesi ujian tersebut akan diikuti dengan sesi latihan pada Khamis dan Jumaat.

GR010 Hybrid menampilkan sebuah motor pada gandar hadapan yang menjana 272 PS. Digandingkan dengan enjin 3.5-liter V6, ia mempunyai kuasa keseluruhan sebanyak 680 PS dan sistem pacuan empat roda. Tidak seperti sebelum ini, sekatan bahan api tidak akan dikenakan.

Toyota Gazoo Racing mempunyai rekod cemerlang di Spa-Francorchamps, dengan lima kemenangan sejak perlumbaan WEC pertamanya pada 2013. Pasukan itu mensasarkan untuk memulakan saingan dengan kutipan mata maksimum.

Previous post

Hyundai Pony Dihidupkan Semula Sebagai EV Retro-Moden

Next post

Isuzu D-Max Generasi Ke-3 Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *