Berita Auto

BMW 530i M Sport LCI Kini Di Malaysia – RM384,941 Tanpa SST

Berikutan pratontonnya pada Mac lalu, BMW 5 Series facelift (atau Life Cycle Impulse, LCI) kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sedan mewah ini dipasang secara tempatan di Kulim, Kedah dan ditawarkan dalam dua varian iaitu 530i M Sport dan 530e M Sport.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-64
BMW 530i M Sport LCI

Berikut adalah senarai kelengkapan yang didatangkan secara standard pada model ini:

BMW 530i M Sport – RM395,800 (dengan SST) atau RM384,941.86 (tanpa SST)

  • Enjin petrol 2.0-liter empat silinder sebaris BMW TwinPower Turbo
  • 252 hp dan 350Nm
  • 0-100 km/j dalam 6.4 saat
  • BMW Laserlight
  • BMW Individual Exterior Line Aluminium Satinated
  • BMW Selective Beam dengan High-Beam Assistant dan Adaptive Cornering Function
  • Rim aloi ringan M Y-Spoke 845 M Bi-Colour Jet Black berukuran 19 inci
  • Tayar bercampur dan ‘run flat’
  • Suspensi adaptif
  • Brek M Sport dengan angkup M Sport biru dengan logo M
  • Ekzos berbentuk trapezium serta sisipan peresap (diffuser) yang unik
  • Stereng kulit M
  • Kerusi sport untuk pemandu dan penumpang
  • Kemasan trim adalam Aluminium Rhombicle
  • Upholsteri kulit Dakota
  • Pelapik bumbung anthracite BMW Individual
  • Pencahayaan ambien
  • Bumbung kaca elektrik
  • BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi BMW 7
  • BMW Intelligent Personal Assistant
  • Dua port USB
  • Fungsi dan keterhubungan 4G LTE
  • Pengemaskinian Perisian Berjarak Jauh
  • Kluster instrumen 12.3 inci dan skrin sentuh Paparan Kawalan 12.3 inci
  • Butang kawalan hitam berkilat pada konsol tengah
  • BMW Gesture Control
  • Papar Pandu (Head-Up Display)
  • Kunci Paparan BMW (BMW Display Key)
  • Sistem audio Harman Kardon
  • Comfort Access
  • Penyaman udara automatik dengan 4 zon kawalan
  • Tirai gulung elektrik untuk tingkap belakang
  • Bantuan Memandu (Driving Assistance)
  • Amaran Pengeluaran dan Penukaran Laluan (Lane Departure and Lane Change Warning)
  • Amaran perlanggaran hadapan dengan intervensi brek
  • Pencegahan perlanggaran belakang dan amaran perentasan trafik
  • Parking Assistant Plus dengan kamera Pandangan Keliling (Surround View)
  • Kawalan Luncur Aktif (Active Cruise Control) dengan fungsi Stop&Go
BMW 530i M Sport LCI

Selain itu, pelanggan boleh melengkapkan kereta mereka dengan Pakej Shadow Line yang menambah warna hitam berkilat pada gril ‘kidney’, trim saluran udara dan bingkai tingkap. Pakej ini ditawarkan pada harga istimewa iaitu RM5,000 (tidak merangkumi kos buruh) sehingga 31 Disember 2021.

Bukan itu sahaja, BMW Malaysia turut menawarkan pakej BMW M Performance Parts pada RM17,410.29 sebelum diskaun 10% yang sah sehingga akhir tahun ini.

Model ini boleh didapati dalam warna Alpine White atau Carbon Black, dipadankan dengan upholsteri kulit Dakota hitam atau Cognac; atau dalam warna Phytonic Blue, Sophisto Grey atau Bluestone dengan upholsteri kulit Dakota hitam.

Previous post

Kenderaan Google Street View Elektrik Pertama Adalah Jaguar I-PACE

Next post

BMW 530e M Sport LCI Dilancarkan Pada Harga RM334,353 Tanpa SST

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *