Chemtrax Menerima 3 New Truck Generation Scania Yang Pertama
Kunci untuk dua unit New Truck Generation Scania P410 A6X2NA dan satu unit P360 A4X2NA diserahkan kepada Hairul Anuar, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Chemtrax, yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan Chemtrax.
Ditubuhkan pada tahun 1998 di bawah Sabaka Group Sdn Bhd, Chemtrax menyediakan khidmat khusus dalam mengangkut bahan berbahaya yang melibatkan bahan kimia dan gas di seluruh Semenanjung Malaysia, terutamanya ke Lembah Klang, dan juga bahan tertentu yang digunakan dalam pembuatan sarung tangan nitril di Malaysia dan Singapura.
“Model trak ini sangat sesuai untuk operasi bandar dan serantau. Ia juga sesuai untuk pelbagai muatan harian kami ke Singapura, dan kawasan lain yang mencabar,” kata Hairul Anuar.
New Truck Generation Scania dilengkapi untuk bertahan dalam persekitaran yang mencabar, selain menjamin masa operasi yang baik dan meningkatkan produktiviti dengan bahagian dalaman yang lebih teguh, bahagian luar yang lebih kukuh dan lebih berkuasa.
Ia juga direka dan dibina untuk memberikan kecekapan bahan api yang lebih baik dan pelepasan karbon dioksida (CO2) yang lebih rendah. Ini kerana ia dilengkapi dengan ‘powertrain’ yang canggih dan penyelesaian aerodinamik yang memberikan penjimatan bahan api sebanyak 3%.
“Ciri-ciri New Truck Generation telah bertambah baik berbanding generasi sebelumnya, menjadikan trak ini lebih sesuai bagi pengguna. Tempat duduk amat selesa yang boleh dilaraskan dan ditempatkan berhampiran pintu, papan pemuka ergonomik, dan paling penting, cermin depan yang besar dengan pandangan luas, memberikan penglihatan yang jelas dari pelbagai sudut untuk pemandu kami. Ini memudahkan mereka beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat,” kata Hairul.
Trak Scania terbukti paling cekap dalam penggunaan bahan api berbanding jenama lain dalam armada Chemtrax di samping mematuhi standard keselamatan yang diminta oleh para pelanggannya. Walaupun masih berhadapan dengan pandemik, pasaran khusus Chemtrax dalam mengangkut bahan berbahaya kepada pengeluar sarung tangan telah membolehkan syarikat memperoleh kelangsungan perniagaan melalui kontrak jangka panjang dengan pelanggan sedia adanya.
Chemtrax kini mempunyai pejabat cawangan/depot dan kawasan perkarangan di Pasir Gudang dan Simpang Rengam, Johor dan Kuantan, Pahang. Rancangan untuk membuka pejabat operasi di Banting, Selangor pada suku pertama 2022 sedang dijalankan.
No Comment