Hyundai-Sime Darby Motors Lancar Pelan Pembiayaan Berperingkat
Bersempena dengan promosi Hyundai Distinctive Raya, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan pelan pembiayaan berperingkat (step-up) yang menawarkan pembayaran yang fleksibel dan berpatutan dengan tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun dan pembiayaan sehingga 90%.
Berdasarkan kiraan pinjaman 90% dan tempoh bayaran semula sembilan tahun, Kona boleh dimiliki dengan ansuran bulanan dari RM958, Elantra dari RM1,098, Grand Starex dari RM1,348, Santa Fe dari RM1,388 dan Sonata dari RM1,548.
Menurut Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM, skim pembiayaan ini diperkenalkan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan baharu dengan pelan pembayaran yang lebih berpatutuan, terutamanya dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba.
“Pelaksaan kelulusan pinjaman yang lebih ketat oleh pihak bank menyebabkan pinjam semakin sukar untuk diluluskan. Kami memahami keadaan pelanggan, oleh itu kami telah memperkenalkan skim pembiayaan berperingkat ini untuk membantu mengurangkan komitmen bulanan mereka ketika membeli kereta baharu dan diharapkan dapat membantu mereka mendapatkan pinjaman,” tambah beliau.
Menurut Low lagi, musim perayaan ini adalah waktu yang baik untuk membeli kereta Hyundai kerana di samping pelan pembiayaan berperingkat ini, pelanggan juga boleh memanfaatkan penjimatan dari pengecualian cukai jualan yang telah dilanjutkan sehingga 30 Jun.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli mana-mana model Hyundai tahun 2020 dari sekarang sehingga 30 Jun 2021 akan menerima sebuah kerusi urut OGAWA Smart Vogue Prime bernilai RM11,999 secara percuma.
No Comment