Kenaikan Kadar Tol Untuk Tahun 2021 Ditangguhkan
Satu kelegaan bagi pengguna lebuhraya bertol. Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol tahun ini bagi tempoh bermula 1 Januari hingga 31 Disember depan.
Penangguhan kenaikan kadar tol tahun 2021 bagi semua kelas kenderaan di tiga (3) lebuh raya yang dijadualkan mendapat kenaikan kadar tol bermula 1 Januari 2021 sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perjanjian Konsesi adalah seperti berikut:
- i) E5: Lebuhraya Shah Alam (KESAS);
- ii) E8: Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2); dan
- iii) E26: Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE);
Jumlah pampasan bagi ketiga-tiga lebuh raya di atas adalah sebanyak RM160.1 juta.
Penangguhan kenaikan kadar tol turut diteruskan kepada lebuh raya yang telah diberi penangguhan sebelum ini dengan jumlah anggaran pampasan sebanyak RM2.093 billion. Berikut merupakan lebuh raya – lebuh raya yang ditangguhkan semua kelas kenderaan iaitu:
- (i) E1/2: Lebuhraya Utara Selatan (PLUS);
- (ii) E3: Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA);
- (iii) E6: Lebuhraya Utara Selatan – Hubungan Tengah (ELITE);
- (iv) E7: Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)
- (v) E8: Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK);
- (vi) E8: Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1);
- (vii) E9: Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA);
- (viii) E11: Lebuhraya Damansara Puchong (LDP);
- (ix) E13: Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA);
- (x) E15: Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE);
- (xi) E18: Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK);
- (xii) E20: Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX);
- (xiii) E21: Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS);
- (xiv) E22: Lebuhraya Senai Desaru (SDE);
- (xv) E25: Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR);
- (xvi) E28: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS);
- (xvii) E29: Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH);
- (xviii) E30: Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB);
- (xix) E33: Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE);
- (xx) E35: Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE); dan
- (xxi) E38: Terowong SMART.
Di samping itu, penangguhan kenaikan kadar tol juga diteruskan bagi kelas- kelas kenderaan tertentu di lebuh raya berikut iaitu:
- (i) Lebuhraya SPRINT: Plaza Tol Penchala ditangguhkan kenaikan kadar tol untuk semua kelas kenderaan. Plaza Tol Pantai ditangguhkan kenaikan kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dan 5 serta Plaza Tol Damansara ditangguhkan kenaikan kadar tol bagi kenderaan kelas 5 sahaja.
- (ii) Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Plaza Tol PJS2 ditangguhkan kenaikan kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dan 5 manakala Plaza Tol Pantai Dalam dan PJS5 ditangguhkan kenaikan kadar tol bagi kenderaan kelas 5 sahaja.
- (iii) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR): semua plaza tol ditangguhkan kenaikan bagi kenderaan kelas 5 sahaja.
- (iv) Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH): Ditangguhkan kenaikan kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dan 5.
- (v) Jambatan Pulau Pinang: Penangguhan bagi kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang terdiri daripada kenderaan persendirian dan bas.
Langkah Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya – lebuh raya bertol di negara ini akan memberi faedah secara langsung kepada pengguna.
LLM akan memastikan kesemua syarikat konsesi lebuh raya melaksanakan obligasi mereka untuk memberikan mutu perkhidmatan pada tahap yang terbaik bagi memelihara kepentingan pengguna.
Selaras dengan dasar dan keputusan Kerajaan ini, pengguna akan terus menikmati kadar tol yang lebih rendah berbanding kadar tol seperti di dalam Perjanjian Konsesi. Di samping itu, pengguna juga akan menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti yang disediakan di sepanjang lebuh raya.
No Comment