Berita Auto

Kia Dedah Teaser Sportage Generasi Ke-5

Kia Sportage generasi kelima bakal membuat kemunculannya tidak lama lagi dan imej-imej teaser rasmi yang disiarkan ini sedikit sebanyak memperlihatkan reka bentuk SUV itu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-71

Bakal diperkenalkan sepenuhnya pada Julai ini, Sportage dibangunkan sebagai penanda aras baharu dalam segmennya dari segi reka bentuk luaran dan dalaman, teknologi ketersambungan dan trenkuasa yang responsif serta efisien.

Menurut Kia, model ini akan menggunakan bahasa reka bentuk terbaharu jenama itu iaitu Opposites United, dengan kesempurnaan dan kesederhanaan sebagai fokus utama.

Walaupun imej-imej yang disiarkan agak gelap, kita boleh lihat dengan jelas yang Sportage mempunyai efek bumbung terapung dengan tiang C yang dihitamkan, manakala bahagian bahu ditinggikan sedikit bagi memberikannya profil yang lebih gagah.

Di hadapan, terdapat rekaan gril hitam yang merentangi sepanjang bahagian wajahnya serta elemen lampu nyalaan siang berbentuk C yang diintegrasikan ke dalam gril. Di belakang pula, sekali lagi elemen pencahayaan berbentuk C digunakan untuk mengisi unit lampu.

Kia Sportage Teaser

Masuk ke bahagian dalam, Sportage bakal hadir dengan logo KIA baharu pada stereng serta corong sistem pendingin hawa yang melintang. Elemen utama sistem infohiburnya adalah sebuah paparan melengkung yang besar.

Previous post

50 Tahun Sudah Berlalu Dan Countach Masih Ada Pengaruh Yang Kuat Untuk Lamborghini

Next post

Honda Civic Mugen RR Ini Berharga Lebih Setengah Juta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *