Berita Auto

Lagi Kejadian Pemandu Tesla Tidur Sambil Guna Mod Autopilot

Dengan fungsi untuk memandu, menukar lorong dan memarkir sendiri tanpa sebarang input dari pemandu, sistem Autopilot yang terdapat pada model-model keluaran Tesla sememangnya sangat canggih. Namun, ini tidak bermakna pemandu boleh mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara lain seperti bermain telefon, membaca buku atau paling teruk, tidur apabila kenderaan sedang beroperasi.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-54

Malangnya, inilah yang sering dilakukan oleh segilintir pemilik Tesla di Amerika Syarikat. Ahad lalu, seorang pemandu dipercayai tidur di dalam sebuah kereta Tesla semasa ia sedang bergerak pada kelajuan 131 km/j di sebuah lebuh raya di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Timbalan sheriff Kenosha County David Gomez menerima sebuah panggilan pada jam 8 pagi melaporkan seorang pemandu kelihatan seperti sedang tidur di dalam sebuah Model 3. Gomez mengekori kereta tersebut sejauh kira-kira 3 km sambil menghidupkan siren sebelum pemandu itu akhirnya berhenti di bahu jalan.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata beliau sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di FedEx dan mendakwa beliau tidak tidur tetapi mengaku mengalami sedikit kepenatan. Siasatan mendapati bahawa kereta itu sedang dalam mod Autopilot ketika kejadian.

Percaya atau tidak, Gomez berkata bahawa ini merupakan kali ketiga individu tersebut didakwa tidur sambil memandu keretanya. Kali ini, pemandu itu dikenakan saman berjumlah $187 (RM774) atas kesalahan memandu tanpa memberi perhatian. Model 3 miliknya juga ditunda kerana Gomez merasakan tidak selamat untuk lelaki itu kembali memandu.

Previous post

Toyota Supra Paul Walker Untuk Dilelong

Next post

Isuzu MU-X Generasi Kedua Bakal Dilancarkan Di Australia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *