Nissan Flagship Store Dilancarkan Di Lazada Malaysia
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan Nissan Flagship Store di Lazada bagi menyediakan pengalaman pembelian kenderaan Nissan yang lebih mudah dan selamat.
Bersempena dengan pelancaran kedai itu dan juga Jualan 5.5 Lazada, pelanggan boleh menempah Almera Turbo, Navara, X-Trail atau Serena S-Hybrid dari serendah RM250. Bukan itu sahaja, 55 pelanggan pertama yang berbuat demikian akan mendapat sebuah mesin kopi Nescafe bernilai RM598 setiap satu.
Almera Turbo kini didatangkan dengan pakej aksesori Urban bernilai RM5,500 serta tawaran Flexi Financing dengan ansuran bulanan serendah RM540. ETCM turut menawarkan promosi khas penjawat awam untuk Almera 1.0L Turbo VL dengan harga bermula RM71,906.
Navara 4×4 2.5L Turbo Double-Cab pula didatangkan dengan pelbagai teknologi terbaik dalam kelasnya, termasuk sistem keselamatan dan bantuan pemandu Nissan Intelligent Mobility. Dengan pelan pembiayaan Flexi Financing, ia boleh didapati pada harga serendah RM950 sebulan.
Sementara itu, X-Trail kini didatangkan dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition bernilai sehingga RM5,600 manakala Serena S-Hybrid pula hadir dengan pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun termasuk kos alat ganti dan buruh.
No Comment